Doktor lelaki meninggal dunia selepas selesai operate 10 orang dalam masa sehari

Photo of author

By Joe

Doktor lelaki meninggal dunia selepas selesai operate 10 orang dalam masa sehari. Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un, masyarakat baru-baru ini dikejutkan dengan berita pemergian seorang petugas kesihatan bernama Dr Helmiyadi Kuswardhana pada usia 41 tahun.

Menurut sumber-sumber, beliau adalah seorang pakar dalam bidang Ortopedik & Traumatologi yang aktif menyebarkan ilmu kesihatan kepada orang awam melalui platform media sosialnya.

Allahyarham Dr Helmi disahkan meninggal dunia pada 10 Julai lalu sekitar jam 8 malam ketika sedang bertugas. Pada hari itu, beliau telah menjalankan operasi terhadap 10 pesakit di dua pusat rawatan yang berbeza.

Doktor lelaki meninggal dunia selepas selesai operate 10 orang dalam masa sehari

Punca pemergian Dr Hilmi adalah akibat Sudden Cardiac Arrest (SCA). Difahamkan selepas bertugas, Dr Hilmi tiba-tiba mengalami sesak nafas dan telah menerima bantuan kecemasan.

Namun, ketika dibawa dengan ambulans untuk dipindahkan ke pusat perubatan lain, beliau telah pergi buat selamanya akibat jantung berhenti secara mengejut (Sudden Cardiac Arrest – SCA). Sebelum ini, Allahyarham berada dalam keadaan kesihatan yang baik tanpa sebarang masalah kesihatan yang diketahui.

Rakan-rakan dan kenalan cukup terkesan dengan pemergian Dr Hilmi. Sepanjang bertugas, beliau dikenali sebagai seorang doktor yang baik hati, ceria, dan sangat prihatin terhadap semua pesakit.

Sebelum ini, beliau turut serta dalam misi kemanusiaan di lokasi bencana alam dan dianggap sebagai seorang yang sangat berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya. Kehilangan insan berharga ini telah menimbulkan kesedihan yang mendalam di kalangan semua rakan sejawatnya.

Baca Lagi:
Tiada lagi ‘full loan’ untuk beli kereta bermula Ogos?
Ustaz TikTok berjoget sebelum mula sesi mengaji al-Quran dikecam netizen
“Jangan sesekali bawa daging mentah ketika camping”