“Doa aku dimakbulkan”- Lelaki menyesal pernah doa untuk isteri supaya nyawa ditarik sebab suka membebel dan menyakitkan hati. Assalamualaikum sahabat – sahabat syurga yang dikasihi sekalian. Terima kasih admin sudi siarkan kisah aku. Nama aku Jay (of course bukan nama sebenar). Dekat sini aku nak kongsi kisah berkenaan dengan penyesalan terhadap doa aku yang dimakbulkan.
Aku tak pernah ceritakan pasal doa ni dekat siapa – siapa tetapi aku rasa menyesal dan bersalah atas doa yang pernah aku buat. Di sini saja ruang untuk aku meluahkan apa yang aku rasa tanpa orang kenal siapa aku. Kisah yang aku nak cerita ni berkaitan aku dan isteri aku.
Pertama sekali, setiap rumah tangga pasti ada pasang surut kehidupan dan ujian hidup begitu juga dengan aku. Mula – mula kahwin aku diuji dengan isteri yang selalu derhaka pada suami, tinggikan suara, suka maki hamun semua tu.
Kalau bergaduh je mesti dia naik tangan dan ambil pisau kat dapur acah – acah macam nak bvnvh aku dan diri dia. Almost 5 tahun juga la dia macam tu. Masa tu hidup memang jauh dari agama. Lepastu aku mula muhasabah diri fikir kenapa dia berperangai macam tu.
Then dari situ aku perbaiki diri, betulkan solat, belajar agama, pergi masjid, selalu berjemaah bersama isteri. Kemudian nampak la sikit perubahan dalam rumah tangga tu. Takde naik tangan semua tu dah. Sebagai isteri dia ok je tak berkira pasal gaji dia, selalu bantu hal kewangan aku.
Yang aku tak berkenan pasal mulut dia je. Yang ni memang dia susah nak ubah even aku selalu tegur. Kalau gaduh dia suka menyakiti hati aku dengan lidahnya. Anak – anak pun selalu ditengkingnya sampai anak – anak pun tak berapa rapat dengan dia.
Itu bukan main point yang aku nak cerita. Point utama yang aku nak ceritakan pada satu hari tu kami bergaduh besar. Dan pada malam itu iaitu malam nisfu syabaan, aku doakan keburukan pada isteri aku. Pada malam Allah kabulkan semua doa hambanya, aku bangun malam tu tahajud lepas tu aku berdoa ” Ya Allah, jika isteri ku berterusan menyakiti hati aku, Kau ambil la nyawa nye Ya Allah”.
Selepas 5 hari daripada doa tu dia mula sakit. Malah sebelum ni dia memang sihat walafiat. Sebelum ni dia jarang la sakit. Sakit biasa – biasa macam demam batuk tu je. Tu pun jarang – jarang je la. Bila sakit almost 2 minggu tu doktor diagnose dia menghidap kanser.
Kemudian dia kena refer ke hospitaI untuk buat chemo. Masa buat rawatan chemo tu tiap – tiap malam dia mengadu dekat aku cakap sakitnya buat chemo. Kerasnya hati aku ni masa dia sakit dan menjalani rawatan chemo, aku langsung tak pernah mendoakan untuk kesembuhan dia.
Walaupun anak beranak lain semua buat solat hajat untuk kesembuhan dia. Sampai lah satu masa ni dia kritikal dan ditidurkan. Bila melawat dia aku nampak dia dalam keadaan sakit yang amat sakit. Nampak dia struggle meIawan penyakitnya.
Malam tu masa solat aku menangis aku minta ampun pada Allah dan minta Allah ampunkan segala d0sa – d0sa dia dan beri kesembuhan pada dia. Selang dua hari lepas tu doktor call aku dan bagitahu dia nazak. Saat – saat terakhir kematian dia aku di sisi dia sempat bisikkan syahadah di telinga dia dan aku juga bisikkan yang aku dah ampunkan segala d0sa – d0sa dia kat aku.
Lepastu dia pun pergi dengan tenang meninggaIkan aku selama – lamanya. Dan dia meninggaI dengan dapat redha dari aku. Alhamdullilah aku juga yang uruskan semua urusan pengebumian dia sampai ke liang Iahad. Bila dia dah tiada ni aku rasa sunyi yang amat – amat sunyi.
Rumah ni terasa kosong bila dia dah tiada. Walaupan lidah dia macam tu tapi ada juga sisi baik dia sebagai isteri. Tiada lagi gelak ketawa dia, tiada lagi nak dengar dia membebel. Sebelum dia ditidurkan tu, dia ada chat aku dan cakap nak pergi umrah.
Dia nak aku bawa dia pergi umrah bila dia sihat nanti. Bila teringat dia, air mata ni laju je mengalir menyesal sebab pernah mendoakan keburukan dia dan tak sempat tunaikan permintaan dia. Mungkin ini memang ajaI dia tapi sampai sekarang aku masih teringat akan doa yang pernah aku lafazkan.
Doa ni masih menghantui aku sampai sekarang. Walau macam mana pun aku kena belajar untuk redha dan terima takdir yang Allah dah tentukan. Cuma satu je aku nak pesan, seburuk – buruk mana pun pasangan kita masih ada lagi sisi baik pasangan kita yang kita tak nampak dan tak pernah nak hargai.
Jangan pernah nak mendoakan keburukan pasangan kita sebaliknya berdoa lah supaya Allah buka pintu hati dia untuk berubah ke arah kebaikan. Mungkin kita tak pernah tahu yang doa kita ni mungkin Allah angkat dan tunaikan.
Bila dia dah tiada, menangis macam mana pun dia tetap tak akan kembali dah. Kerinduan yang paling pedih adalah rindu pada orang yang dah meninggaI. Mohon semua doakan aku kuat untuk jaga amanah anak – anak yang ditinggalkan.
Perginya dia di bulan Ramadan, di 10 malam terakhir ramadan asbab sakit. Tinggi darjatnya di sisi Allah. Moga kita semua mati dalam khusnul khatimah dan aku sentiasa berdoa untuk berjumpa dengannya di syurga Allah nanti kerana sesungguhnya aku sayang sangat – sangat arwah isteri aku. Al fatihah untuk arwah isteriku “A”. Terima kasih.. – Jay (bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Nuriah Abdrazak : Andai panjang umur dan bertemu jodoh lain di masa akan datang, didiklah pasangan seperti kehendak yang kita mahu. Kita pun kena berdiri dan duduk di paksi ilahi andai kita berkehendakkan yang suci..
Suami.. memang tanggungjawab dia mendidik pasangan dan keluarga.. wajib hukvmnya. Jangan menyesali pada apa yang telah berlaku. Kerana hidup ini aturan Ilahi. Yang baik semuanya dari Ilahi. Terdetik yang tidak baik.. Allah bagi kita AKAL untuk berfikir dan berubah. Salam Takziah.
Rosilawati Binti Mohamed : Ye.. yang tinggal menanggung sakitnya rindu tapi untungnya dia pergi atas redha dan keampunan dari suaminya.