Diugut terlibat aktiviti pengubahan wang haram, bekas isteri pemimpin negara rugi RM2 juta ditipu scammer

Photo of author

By Joe

Diugut terlibat aktiviti pengubahan wang haram, bekas isteri pemimpin negara rugi RM2 juta ditipu scammer. Bekas isteri seorang pemimpin negara kerugian kira-kira RM2 juta apabila ditipu sindiket penipuan ‘phone scam’ baru-baru ini.

Difahamkan, wanita berusia 60-an itu menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar pegawai polis pada Ogos tahun lalu.

Menurut sumber, individu itu mendakwa kononnya mangsa terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram dan diminta memberikan kerjasama

Diugut terlibat aktiviti pengubahan wang haram, bekas isteri pemimpin negara rugi RM2 juta ditipu scammer

“Mangsa menafikan tuduhan itu tetapi suspek dikatakan meminta mangsa berhubung pula dengan pegawai lain bagi tindakan lanjut.
“Suspek dikatakan menggunakan pelbagai taktik psikologi untuk memperdaya mangsa melalui beberapa siri perbualan sehingga akhirnya menyebabkan mangsa terperangkap sehingga kerugian RM2 juta,” katanya di sini hari ini.

Tambah sumber, mangsa yang menyedari ditipu, tampil membuat laporan di Balai Polis Tun Razak dekat sini, Selasa lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan menerima laporan terbabit.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Baca Lagi:
Bila masuk bilik hotel, ini tempat-tempat yang patut anda periksa, mungkin ada cctv tersembunyi
Semua kakitangan penulis majalah ‘National Geographic’ diberhentikan kerja
Makan udang 16.2kg untuk 6 orang di Karak, terkejut kena bayar RM3,200