Dituduh geledah rumah Ketua Pembangkang atas motif politik, ini penjelasan LHDN

Photo of author

By Joe

Dituduh geledah rumah Ketua Pembangkang atas motif politik, ini penjelasan LHDN. Kelmarin, media melaporkan pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dipercayai menggeledah kediaman bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Damansara dan merampas beberapa fail, termasuk dokumen pemilikan aset.

Tindakan membabitkan Setiausaha Agung BERSATU dan Perikatan Nasional (PN) itu bagaimanapun mengundang kritikan pemimpin parti berkenaan, termasuk Presiden BERSATU yang juga Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Antara lain, siasatan oleh LHDN itu didakwa bermotif politik dan usaha terdesak kerajaan untuk merosakkan imej PN menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan dilangsungkan tidak lama lagi.

Dituduh geledah rumah Ketua Pembangkang atas motif politik, ini penjelasan LHDN

Menjawab tuduhan berkenaan, LHDN hari ini menegaskan, agensi itu melaksanakan tanggungjawab tanpa rasa takut dan pilih kasih, termasuk dalam tindakan penguatkuasaan dan siasatan berkait kes percukaian.

Ia juga menjelaskan, tindakan pemeriksaan ke atas premis kediaman pembayar cukai adalah aktiviti penguatkuasaan yang dilakukan agensi itu dalam kes siasatan cukai, bukannya menyasarkan pihak tertentu.

“Pemeriksaan di premis, termasuk premis kediaman adalah sebahagian aktiviti penguatkuasaan untuk memberi keadilan kepada pembayar cukai yang patuh. Tindakan itu juga suatu bentuk perkhidmatan kepada rakyat yang menunaikan tanggungjawab cukai mereka dengan konsisten.
“Pemeriksaan tidak menyasarkan kumpulan tertentu, sebaliknya dilaksanakan kepada semua pembayar cukai yang disiasat berkaitan kes percukaian. Komitmen kami tetap sama, kami akan melaksanakan tugas kami mengikut perundangan percukaian yang berkuat kuasa.
“Penguatkuasaan dijalankan tanpa rasa takut dan pilih kasih. Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan LHDN perlu kekal bebas daripada sebarang pengaruh,” menurut agensi berkenaan.

Jumaat lalu, Anwar memberitahu, beliau tidak dimaklumkan mengenai tindakan LHDN itu, sambil menegaskan sebarang serbuan dan penggeledahan adalah urusan agensi berkenaan selaku badan penyiasat.

Semalam, Muhyiddin ketika ditemui media di Pulau Pinang, berkata beliau percaya tindakan LHDN itu bermotifkan politik kerana melihat tidak ada sebab untuk agensi berkenaan bertindak demikian.

“Saya rasa begitu (bermotifkan politik). Tidak ada sebab, nampaknya tumpuan selalu diberikan kepada BERSATU, PAS dan selebihnya. Seperti dalam kes saya juga, semuanya bermotifkan politik,” kata Ahli Parlimen Pagoh itu.

Terdahulu, Hamzah dalam reaksinya, menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab berkaitan dakwaan laporan kediamannya ‘diserbu’, menyifatkannya sebagai fitnah ke atas dirinya dan pemimpin PN.

Ahli Parlimen Larut itu juga memaklumkan akan membuktikan segala serangan terhadapnya dan pimpinan PN yang lain adalah fitnah untuk memburukkan nama pemimpin parti itu.

Baca Lagi:
“Masak nasi dalam bilik?”, Isteri kantoi buat nasi kangkang untuk suami panas baran, ketika periuk nasi dibuka berderau darah aku
Pemuda ini dedah 11 perkara tentang Ebit Lew yang patut kita semua tahu, rupanya…
Jumpa beg duit berkepuk, niat baik remaja pulangkan kepada tuan asal dibalas dengan ganjaran yang tak disangka-sangka