Disebalik tarikh keramat 31 Ogos 1957, ada fenomena luar biasa yang berlaku di angkasa lepas

Photo of author

By Joe

Disebalik tarikh keramat 31 Ogos 1957, ada fenomena luar biasa yang berlaku di angkasa lepas. Tahukah anda bahawa di sebalik tarikh keramat 31 Ogos 1957, secara kebetulan berlaku fenomena luar biasa di angkasa lepas?

Pada waktu itu, kedudukan beberapa objek cakerawala seperti planet Marikh, Utarid, Musytari, Zuhrah, Neptun, Zuhal, buruj Virgo, serta bulan dan matahari hampir sebaris atau sejajar di langit barat Tanah Melayu.

Penggiat astronomi, Mohamad Redzuan Tahar, 41, berkata fenomena yang berlaku pada tarikh kemerdekaan negara itu sangat menakjubkan dan berpotensi menjadi pemangkin untuk meningkatkan minat masyarakat terhadap bidang astronomi, selain memperdalam pemahaman mengenai sejarah di sebalik tarikh kemerdekaan negara.

Disebalik tarikh keramat 31 Ogos 1957, ada fenomena luar biasa yang berlaku di angkasa lepas

“Di sebalik tarikh keramat 31 Ogos 1957, berlaku secara kebetulan fenomena luar biasa di angkasa lepas apabila beberapa objek cakerawala berada sebaris,” katanya.

Mufti Pulau Pinang yang pertama, Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim, yang juga datuk kepada Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, merupakan tokoh falak yang mencadangkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu, katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Katanya, selepas membaca artikel mengenai Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim, beliau menggunakan aplikasi Stellarium dan Sky Safari untuk menyemak kembali tarikh 31 Ogos 1957.

“Sangat mengujakan apabila mendapati bahawa objek cakerawala seperti planet Marikh, Utarid, Musytari, Zuhrah, Neptun, Zuhal, bulan, matahari, dan buruj Virgo berada dalam keadaan hampir sebaris atau sejajar di langit barat Tanah Melayu ketika itu,” katanya.

Menurut Mohamad Redzuan, sebagai peminat bidang astronomi, beliau sangat kagum dengan kepakaran Allahyarham Sheikh Abdullah dalam mentafsir kedudukan objek cakerawala pada masa itu.

Beliau yang telah meminati bidang astronomi sejak berusia 12 tahun, berkata ilmu pengetahuan yang dimiliki Allahyarham Sheikh Abdullah adalah sangat luar biasa, memandangkan kelengkapan dan peralatan astronomi pada masa itu tidak semaju sekarang.

“Saya berharap penemuan ini akan mencetuskan minat orang ramai terhadap setiap aktiviti berkaitan sains, teknologi, dan astronomi,” katanya, yang merupakan lulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer dari Rensselaer Polytechnic Institute (RPI), Amerika Syarikat, dan Sarjana Sains Fizik dari Universiti Malaya (UM).

Baca Lagi:
‘Bila waktu malam dia berubah tempat, terpaksa bakar sebelum perkara pelik terjadi’
Rider demam selepas hantar minuman kepada ‘hantu pegawai polis’
Pakar objek terbang dari Amerika kumpul bangkai makhluk asing lebih 50 tahun