Dipertikai guna 5 bodyguard ke mahkamah, ini respons pihak pengurusan Fazura

Photo of author

By Joe

Dipertikai guna 5 bodyguard ke mahkamah, ini respons pihak pengurusan Fazura. Pihak pengurusan Fazura, Iman Tang, menjawab pertikaian dan persoalan segelintir pihak yang bertanya tentang kepentingan serta keperluan bintang di bawah jagaannya itu ditemani lima pengawal peribadi ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada Rabu.

Menurutnya, sebagai pihak pengurusan, beliau bertanggungjawab terhadap keselamatan artis yang di bawah jagaannya. Menyediakan atau mengizinkan Fazura memakai khidmat pengawal peribadi bukanlah untuk bermegah atau untuk konten.

“Seb sebenarnya sudah menjadi kebiasaan Fazura untuk mempunyai pengawal keselamatan setiap kali hadir ke majlis tertentu,” katanya.

Dipertikai guna 5 bodyguard ke mahkamah, ini respons pihak pengurusan Fazura

“Dan untuk semalam (ada lima pengawal peribadi) ke mahkamah, saya bersetuju kerana pernah ada insiden di mana ada orang yang kurang sopan menarik dan ada yang mengambil kesempatan ketika bergambar.
“Jika hanya ada satu atau dua pengawal, mungkin keselamatan tidak terjaga. Untuk semalam, kami tidak tahu keadaan bagaimana, jadi saya rasa okay.
“Cuma saya ingin berpesan kepada semua, jangan kasari rakan-rakan media kerana mereka datang bekerja, tetapi jika bukan media, boleh,” jelas Iman Tang ketika ditemui media di ibu kota.

Tak boleh senangkan hati semua

Iman juga menjelaskan bahawa tidak mungkin untuk menyenangkan hati semua pihak apabila Fazura hadir dengan lima pengawal peribadi, yang menjadi hangat di media sosial.

“Pada saya, tidak sepatutnya perkara ini dikecohkan. Ada masa kita tidak boleh menggembirakan hati semua orang.

“Kalau tidak menggunakan pengawal dan insiden berlaku, orang akan tanya kenapa tidak ada?

“Bila menggunakan pengawal, kami pula dipersalahkan kerana tidak menjaga keselamatan artis. Jadi, seperti yang saya katakan, memang tidak boleh untuk menyenangkan hati semua orang,” tambahnya.

Pada masa yang sama, Iman mengaku memiliki dua pengawal peribadi yang dibayar oleh pengurusan, tetapi tidak gemar menggunakannya.

“Tapi untuk Fazura semalam (di mahkamah), itu adalah pengawal peribadi dia, dan yang lain adalah sahabat-sahabatnya,” dedah Iman.

Sebelum ini, kehadiran Fazura ke mahkamah bagi kes permohonan cerai terhadap Fattah Amin yang ditemani lima pengawal peribadi telah menjadi perbualan netizen.

Baca Lagi:
Selepas jadi polis dalam Sheriff, Zul Ariffin kini jadi ‘Dukun Sado’
Ramai tak tahu, rupanya ini maksud sebenar 8 warna baju yang dipakai banduan dalam penjara
Wanita berdiri tegak di tengah jalanraya kerana hormat lagu kebangsaan curi perhatian ramai