
Dilarang guna gas memasak untuk jemaah haji
Dilarang guna gas memasak untuk jemaah haji. Jemaah haji dilarang membawa dan menggunakan semua jenis dan saiz gas petroleum cecair (LPG), ke dalam khemah serta pejabat agensi kerajaan.
Semua bentuk silinder LPG, termasuk yang bersaiz kecil digunakan untuk memanaskan air, akan dirampas.
Pihak berkuasa Arab Saudi mengeluarkan larangan itu berkuat kuasa hari ini yang menandakan hari pertama bulan Zulhijjah.
Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang melanggar larangan berkenaan.
Larangan berkenaan sebagai mencegah bahaya kebakaran di kem jemaah haji di Tanah Suci.
Keputusan itu akan dilaksanakan dengan penyelarasan dengan pihak berkuasa keselamatan, lapor BH memetik Saudi Gazette.
Pasukan Penyeliaan Pencegahan dan Keselamatan Pertahanan Awam Arab Saudi akan melakukan pemantauan bagi memastikan larangan berkenaan dipatuhi di Mina, Muzdalifah dan Arafat.
Pemeriksaan lapangan turut meliputi semua pegawai agensi kerajaan dan pertubuhan komersial.