Dikecam berpakaian seksi selepas balik dari umrah, ini jawapan Intan Najuwa buat natizen terkejut

Dikecam berpakaian seksi selepas balik dari umrah, ini jawapan Intan Najuwa buat natizen terkejut

Dikecam berpakaian seksi selepas balik dari umrah, ini jawapan Intan Najuwa buat natizen terkejut. Baru-baru ini, perkongsian pelakon Intan Najuwa mengundang kecaman apabila memuat naik foto menampakkan bahagian perut ketika bercuti di Dubai.

Malah, netizen turut menegur penampilannya itu apatah lagi pelakon itu baru saja pulang menunaikan ibadah umrah pada Januari lalu.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Intan mengakui sudah lali dengan kecaman netizen serta meminta agar tidak membuta tuli menghakimi dirinya berdasarkan penampilannya.

Dikecam berpakaian seksi selepas balik dari umrah, ini jawapan Intan Najuwa buat natizen terkejut

Dalam satu petikan yang dikongsikan, mengatakan bahawa menutup aurat tidak semestinya dijanjikan syurga.

“Kalian hakimi seseorang untuk menjadi alim tetapi kalian tak tahu kehidupan sebenar (peribadi) mereka. Jangan anggap mereka dijanjikan jannah disebabkan penampilan yang dilihat di mata (berjanggut, berhijab, berniqab dan cara percakapan).
“Penampilan luaran seseorang tidak semestinya melambangkan mereka dekat atau rapat dengan Allah,” kongsinya.

Dikecam berpakaian seksi selepas balik dari umrah, ini jawapan Intan Najuwa buat natizen terkejut

Menurut petikan itu lagi, orang ramai sepatutnya mengharapkan seseorang agar berubah menjadi orang yang lebih baik.

“Kalau kalian menghakimi seseorang dengan harapan dia menjadi alim, jangan lupa berdoa buat mereka untuk menjadi orang lebih baik hari demi hari.

“Sama macam apabila kalian cop seseorang itu jahat. Mungkin mereka buat benda jahat dan kita pun bertindak ikut perasaan tetapi jangan lupa masa depan mereka boleh bertukar.

“Insya-Allah, Allah SWT akan bimbing mereka ke jalan yang benar atau kita sendiri akan jadi orang yang diberikan hidayah,” kongsinya.

Baca Lagi:
Selepas dipecat dari Umno, TMJ tawar KJ kerja baru
Rupanya ada rahsia tersembunyi pada duit ringgit Malaysia
Jangan tutup lampu tandas kalau tidur di hotel, ini sebabnya
CATEGORIES