Diejek ‘Raja Formula’ dari dulu sampai sekarang, akhirnya Rafizi bersuara

Diejek ‘Raja Formula’ dari dulu sampai sekarang, akhirnya Rafizi bersuara

Diejek ‘Raja Formula’ dari dulu sampai sekarang, akhirnya Rafizi bersuara. Jolokan ‘Raja Formula’ sinonim dengan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, malah Menteri Ekonomi itu juga seringkali diejek dengan gelaran itu termasuk ketika berbahas di Dewan Rakyat.

Hari ini, Rafizi menggunakan pentas Kongres Khas PKR untuk menjawab ejekan ‘Raja Formula’ yang seringkali dilemparkan pembangkang terhadapnya.

Berucap ketika menggulung Ucapan Dasar Presiden pada kongres dihadiri lebih 1,200 perwakilan PKR itu, Rafizi berkata pembangkang sengaja mengungkit kisah lama sewaktu PAS dan PKR berada dalam satu gabungan parti politik.

Mengulas lanjut, katanya segala formula yang pernah beliau perkenalkan sebelum ini semuanya untuk dilaksanakan semasa keadaan ekonomi negara tidak seteruk seperti sekarang.

Diejek 'Raja Formula' dari dulu sampai sekarang, akhirnya Rafizi bersuara

“Dia (pembangkang) akan ungkit perkara lama. Contoh pada 2008 soal harga minyak, walaupun (sedar) sebenarnya keadaan cukup berbeza berbanding sekarang, dia (pembangkang) akan mainkan kempen.

“Soal pengurangan hutang PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) ataupun mengurangkan harga kereta, bukan dia (pembangkang) tak tahu kerana PAS masa itu yang paling ghairah sekali jemput kami daripada Keadilan (PKR) untuk berkempen atas pentas PAS.

“Sebabnya orang PAS tak boleh nak terangkan benda macam ini,” katanya.

Rafizi menegaskan, formula untuk mengurangkan harga kenderaan sebagai contoh boleh dilaksanakan ketika formula terbabit dicadangkan memandangkan kedudukan hutang negara tidak sepertimana sekarang.

“Dia (pembangkang) tahu contohnya untuk turunkan harga kereta, dulu kita boleh buat kerana hutang kita tak banyak.

“Sebab untuk turunkan harga kereta, kita kena kurangkan dan lama-lama hapuskan cukai eksais yang kita kenakan kepada kereta itu.

“Masalahnya kita sekarang ada hutang RM1.5 trilion yang mereka tinggalkan,” katanya.

Wujud trend sokongan pengundi Melayu terhadap PH

Dalam perkembangan berasingan, Rafizi mendakwa wujud trend sokongan daripada pengundi Melayu terutama membabitkan orang muda kepada Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan ketika negara berkira-kira untuk berdepan enam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Beliau berkata, trend itu ditunjukkan berdasarkan peralihan undi di kawasan sebelah pantai barat susulan data terkini yang diperolehnya.

“Memang betul ada peralihan undi besar kepada Perikatan Nasional (PN), tetapi ia berlaku di kawasan tertentu sahaja dan bukannya di seluruh negara.

“Memang betul ada peralihan undi Melayu contohnya di Kelantan, Terengganu, utara Kedah, utara Pulau Pinang dan utara Perak.

“Sebahagiannya (peralihan undi di kawasan terbabit) kerana kita tak pernah kuat pun di beberapa tempat ini. Sebahagian lagi kerana peralihan undi itu datangnya daripada UMNO kepada PN,” katanya.

Dalam pada itu, Rafizi berkata tahap sokongan pengundi Melayu di negeri yang dikuasai PH seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tidak banyak menunjukkan perubahan jika dibandingkan antara Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan PRU15.

“Kalau kita tengok keseluruhan terutamanya di negeri yang memang menjadi kekuatan kita iaitu di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, apabila dibandingkan tahap sokongan pengundi Melayu dalam 2022 (PRU15) berbanding 2018 (PRU14), sebenarnya tidak ada perbezaan sangat besar,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memberi contoh pengundi di Wilayah Persekutuan yang terarah kepada PH pada 2018 di mana undi diterima gabungan itu kira-kira 50 peratus, berbanding lebih 40 peratus pada PRU15.

Tambahnya, trend sama turut ditunjukkan di Selangor termasuk di kawasan sebelah timur yang lebih terarah kawasan bandar, membabitkan undi Melayu.

“Baru-baru ini pada PRU15, lebih kurang 40 peratus (undi Melayu). Namun begitu, ada peralihan yang besar di pantai barat negara iaitu di Selangor, tetapi lebih kepada (undi) Melayu berbanding PN. Bukan sangat PH hilang undi,” katanya.

Baca Lagi:
Kucing hitam tiba-tiba ‘ghaib’ ketika siaran langsung dalam TV3 buat ramai terkejut
Malaysia pernah ada Perdana Menteri berbangsa Cina, tapi ramai yang tak tahu
Demi ‘content’ TikTok, Wanita Islam sanggup makan kulit babi goreng
CATEGORIES