‘Didakwa tutup rezeki orang’, wanita jual nasi lemak RM1 diserang peniaga

‘Didakwa tutup rezeki orang’, wanita jual nasi lemak RM1 diserang peniaga

‘Didakwa tutup rezeki orang’, wanita jual nasi lemak RM1 diserang peniaga. Seorang lelaki dipercayai pengusaha kantin memarahi seorang wanita yang merupakan peniaga nasi lemak RM1 kerana didakwa menutup periuk nasinya.

Menurut pemilik TikTok @Teacher Aina Home Tuition, kejadian itu berlaku semalam, yang mana lelaki berkenaan menyerangnya serta mendakwa dia menutup jalan utama sekali gus menyebabkan perniagaan lelaki terbabit terjejas.

“Akak tutup jalan kami. Kalau nasi lemak akak RM1, matilah kami dekat dalam (kantin),” kata lelaki terbabit.

'Didakwa tutup rezeki orang', wanita jual nasi lemak RM1 diserang peniaga

“Nasi lemak abang tak habis jadi abang nak salahkan saya ke?” soal Aina.

Menerusi video berdurasi hampir tujuh minit itu, individu berkenaan turut bertindak mempersenda keadaan fizikal peniaga wanita tersebut.

Sehubungan itu, lelaki tersebut meminta pemilik TikTok terbabit supaya berniaga di kawasan lain sebelum dia mengambil tindakan melaporkan hal itu kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

@teacher_aina Benda nak jadi.. Tak pelah.. Mana2 customer yang selalu beli dengan saya di Klinik Kesihatan seksyen 7 Shah Alam, sebelah jalan besar. In shaa Allah.. Esok saya cari port baru. Rezeki Allah ada di mana2.. Mungkin bukan rezeki saya berniaga kat tempat tu. Semoga murah rezeki abg yang jual nasi lemak tender.. Dan abg yang jual roti juga.. Semoga dipermudahkan semua urusan dan dimurahkan rezeki. Esok in shaa Allah saya update tempat baru. Are seksyen 7 juga, shah alam ya. #nasilemakrm1 #viral #shahalam ♬ original sound – Teacher Aina Home Tuition

“Sini akak potong (jual) RM1 sedangkan saya jual nasi lemak di dalam (kantin) RM3,”ujarnya.

Pada masa sama, seorang lagi lelaki dilihat cuba menenangkan keadaan dan berusaha meleraikan pergaduhan mulut yang tercetus antara mereka berdua.

Baca Lagi:
Lelaki ini dedah ada rahsia dibelakang resit ATM yang korang selalu buang tu
Bekas penjaga gol Terengganu tak menyesal ‘melawan’ nasihat jurulatih, kini seronok jual sayur
Pertama kali tengok muka Siti Nurhaliza tanpa mekap, macam budak sekolah
CATEGORIES