‘Dia kata padan muka ibu dia dah meninggal’ – anak Shuib sedih diejek rakan

‘Dia kata padan muka ibu dia dah meninggal’ – anak Shuib sedih diejek rakan

‘Dia kata padan muka ibu dia dah meninggal’ – anak Shuib sedih diejek rakan

Anak kedua pelakon dan pelawak, Shuib, Dzakira Talita Zahra tidak dapat menahan sebak selepas didakwa diejek rakan sekolah berhubung kematian ibunya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Menerusi video TikTok @suciuwais, Talita yang kini berusia sembilan tahun cuba ditenangkan nenek tirinya, Siti Fatimah atau Makder sambil disaksikan adik beradiknya yang lain iaitu Uwais Alqarni, 11, dan Ariq Martin, 7.

“Dia kata padan muka ibu dia dah meninggal,” luah Talita dalam video berkenaan.

‘Dia kata padan muka ibu dia dah meninggal’ – anak Shuib sedih diejek rakan

Sementara itu, menerusi kapsyen video itu, Siti Fatimah memaklumkan sejurus pulang dari sekolah, Talita mengadu kepadanya yang ada rakan sekolah suka mengejeknya.

“Balik dari sekolah hari ini anak-anak ke pejabat. Masa tengah nak ambil makanan, Talita mengadu ada rakan sekelas suka ejek dia,” katanya

Sementara itu, rata-rata pengikut akaun TikTok berkenaan bersimpati dengan nasib Talita selain menasihati ibu bapa supaya mengajar anak masing-masing etika dan adab dalam berkawan.

Niarose31 berkata: Ala sian Talita, anak yang kehilangan ibu masa kecil nie kene jaga emosi dia.. dia rindu pun kita xtau kan…lagi orang cakap gitu.”

Lavenderblue berkata: “Jumpa Cikgu kelas dan pengetua sekolah. Bawa bincang macam mana nak selesaikan. Budak tu kena minta maaf.

Tyqahatiqah berkata: “Kesian dekta.. hati anak perempuan lagi sensitif bila kehilangan mak nk dibandingkan dgn anak lelaki.” katanya.

Talita merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik kepada Allahyarham Siti Sarah dan Shuib yang berkahwin pada 26 Februari 2011.

Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat Covid-19.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Makder (@suciuwais)

Baca lagi:

Jangan guna minyak masak berulang kali. Ini bahaya!

Ustaz Neo dedah dan lukis muka 4 orang penyihir Ustaz Kazim berserta jin peliharaannya

Jutawan ‘low profile’ dari Kampung Baru miliki hotel mewah 42 tingkat di tengah bandar Kuala Lumpur

CATEGORIES