Dewan kecoh! Menteri dan Timbalan Menteri Kewangan hilang, Menteri Agama jawab soalan hutang 1MDB

Dewan kecoh! Menteri dan Timbalan Menteri Kewangan hilang, Menteri Agama jawab soalan hutang 1MDB

Dewan kecoh! Menteri dan Timbalan Menteri Kewangan hilang, Menteri Agama jawab soalan hutang 1MDB. Baru 15 minit bersidang, sesi pagi Dewan Rakyat pada Khamis kecoh apabila Menteri dan Timbalan Menteri Kewangan tiada di dalam Parlimen untuk menjawab soalan berkaitan hutang 1MDB.

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad pula yang menjawab bagi pihak Kementerian Kewangan (MoF).
Beliau berbuat demikian selepas Speaker, Datuk Mohd Rashid Hasnon meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab kerana dimaklumkan tiada wakil dari MoF.

Sebaik keputusan dibuat, beberapa Ahli Parlimen menyuarakan rasa tidak puas hati, membuatkan Dewan panas seketika.

“Menteri Kewangan tidak ada, diambil maklum. Minta Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawabnya,” kata Mohd Rashid.

Dewan terus kecoh sebaik Mohd Rashid membuat keputusan itu.

“Ini tidak berapa betul Speaker,” kata salah seorang Ahli Parlimen.

“Mana Timbalan Menteri? Macam mana nak jawab soalan tambahan nanti?” soal Ahli Parlimen lain.

“Mana Timbalan Menteri? Takkan seorang pun tiada? Macam mana Timbalan Menteri Kewangan tiada?

“Dua orang! Kenapa kita bayar mahal-mahal?” soal Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH – Lembah Pantai).

Meskipun diasak dengan soalan sama, Idris tidak berganjak dan terus membacakan jawapan bagi mewakili kementerian tersebut.

Ketika sesi soalan tambahan pula, Idris tidak menjawab soalan diberikan dan menyatakan kementerian akan menjawab soalan itu nanti.

Baca Lagi:

Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 : Syarat, tarikh permohonan & bayaran

Jangan panik! hanya tekan ‘panic button’, polis sampai kurang 7 minit

[VIDEO] Tayar kereta kena kunci kerana keliru petak parking, pelancong di Kota Bharu luah rasa kecewa dan marah…

CATEGORIES