Datuk Seri Vida bayar RM33,000 untuk potong usus, tapi terpaksa batalkan sebab takut mati

Datuk Seri Vida bayar RM33,000 untuk potong usus, tapi terpaksa batalkan sebab takut mati

Datuk Seri Vida bayar RM33,000 untuk potong usus, tapi terpaksa batalkan sebab takut mati. Usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida mendedahkan dia pernah berhasrat untuk melakukan pembedahan bariatrik atau potong usus enam tahun lalu serta sudah pun membayar wang pendahuluan sebanyak RM33,000.

Memetik mStar Online, Vida yang mengakui terpengaruh dengan kawan-kawannya bagaimanapun membatalkan niatnya itu pada saat akhir kerana takut untuk meneruskan prosedur berkenaan.

Datuk Seri Vida bayar RM33,000 untuk potong usus, tapi terpaksa batalkan sebab takut mati

“Ketika itu saya terlibat sebagai penaja program Gegar Vaganza, rasa nak kurus nak cantik sampai sanggup melakukan pembedahan potong usus. Saya sudah bayar wang pendahuluan untuk prosedur tersebut.

“Syukur Allah masih sayang. Saya jadi takut di saat-saat akhir dan batalkan niat tersebut. Ada seorang doktor juga maklumkan saya tidak perlu lakukan pembedahan sebegitu.

“Sebelum ini terpengaruh dengan kawan-kawan yang melakukan pembedahan tersebut membuatkan saya mahu mencuba,” katanya.

Menurut Vida lagi, dia memilih mengamalkan produk keluaran syarikatnya bagi menurunkan berat badan serta enggan mengambil jalan mudah untuk kurus. Vida turut menyelar pengusaha produk pelangsingan sebaliknya menggunakan kaedah pembedahan kerana ia seolah menganiaya pelanggan.

“Kalau mereka yang betul-betul ada masalah kesihatan disebabkan berat badan dan mendapat nasihat doktor untuk pembedahan baritrik teruskanlah.

“Cuma bagi saya mungkin tidak sebab melihat betapa sukarnya rakan-rakan yang tanggung sakit selepas pembedahan. Ada mereka yang terpaksa kerap ke hospital untuk rawatan susulan.

“Saya hanya amalkan produk sendiri. Tak perlu nak bedah. Kepada rakan-rakan usahawan, janganlah ambil kesempatan tipu pengguna. Kalau mereka kurus sebab buat pembedahan itu sudah dikira aniaya pengguna,” katanya.

Baca Lagi:
Banjir: Warga emas kreatif bina rumah terapung RM47,000
Tragedi Tanah Runtuh: GPR kesan benda asing di lokasi SAR
Jarang nampak dikaca tv sekarang, ini keadaan terkini Salih Yaacod setiap hari makan telur goreng dan sardin
CATEGORIES