Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dilantik sebagai KSN baharu

Photo of author

By Joe

Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dilantik sebagai KSN baharu. Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar, telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu berkuat kuasa Isnin depan.

Perkara ini diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri melalui kenyataan pada hari Rabu.

Shamsul Azri, yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam, akan menggantikan penyandang terdahulu, Tan Sri Mohd Zuki Ali, yang tamat kontrak pada hari Sabtu ini.

Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dilantik sebagai KSN baharu

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda (Pentadbiran Perniagaan) dari University of Tulsa, Oklahoma, Amerika Syarikat dan telah menerima pendedahan dari beberapa institusi antarabangsa termasuk University of Cambridge, United Kingdom, serta European Institute of Business Administration (INSEAD).

Shamsul Azri, 55, pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, dan juga dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Zuki atas segala khidmat bakti beliau sepanjang tempoh memegang jawatan KSN.

Penghargaan tersebut khususnya diberikan atas usaha Mohd Zuki dalam mengukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan demi memastikan agenda pembangunan negara dilaksanakan dengan jayanya.

Baca Lagi:
29 ekor ular sawa bersarang dalam longkang restoran di Shah Alam
Perhilitan rampas cengkerang ‘ong’ bernilai RM1 juta
Guru kongsi kisah sedih, murid minta bacakan Quran sebelum meninggal dunia