Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof letak jawatan Pengerusi Boustead Holdings

Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof letak jawatan Pengerusi Boustead Holdings

Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof letak jawatan Pengerusi Boustead Holdings.  telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif Boustead Holdings Bhd untuk meneruskan minat lain berkuat kuasa hari ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Boustead berkata Mohd Redzuan, 65, dilantik pada 3 Jan, 2022 dan sebelum itu beliau berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dari 2018 hingga 2020 dan kemudiannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) dari 2020 hingga 2021.

Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof letak jawatan Pengerusi Boustead Holdings

Mohd Redzuan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Kejuruteraan Awam dari University of Leeds, United Kingdom dan memulakan kerjaya cemerlangnya sebagai jurutera dengan Esso Malaysia Sdn Bhd dan kemudiannya berkhidmat di Petronas Carigali Sdn Bhd.

Boustead turut mengumumkan peletakan jawatan pengarah bebas dan bukan eksekutif Datuk Nonee Ashirin Mohd Radzi; dan pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif Senator Datuk Seri Zurainah Musa, 61, berkuat kuasa 10 Jan, 2023.

Nonee Ashirin, 51, juga adalah Pengerusi Global Turbine Asia Sdn Bhd.

Baca Lagi:
Wanita kesal diejek masa sekolah, sekarang semua yang pernah ejek cari semula
Kisah hidup Kazar sebelum jadi pelakon ramai orang tak tahu, pernah dapat gaji RM100 sebulan
Ceroboh Menara Merdeka 118: ‘Jangan bazirkan duit negara untuk mencari kami di Malaysia’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *