‘Datuk Seri’ datang ziarah serah bon 1 juta euro, menggigil tangan saya – Ustaz Kazim

f670d294 1f0a 4c86 b6cc f795b1ca92d4 e1654401749886

‘Datuk Seri’ datang ziarah serah bon 1 juta euro, menggigil tangan saya – Ustaz Kazim.

“Berhati-hati kepada pengusaha maahad tahfiz, sekolah-sekolah pondok dan orang yang sakit seperti saya ini dengan ‘scammer’.”

Demikian pesanan yang dititipkan pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menerusi hantaran di Facebook miliknya semalam.

'Datuk Seri' datang ziarah serah  bon 1 juta euro, menggigil tangan saya - Ustaz Kazim

Menurut Ustaz Kazim, sekitar pukul 8 malam semalam, Pusat Pendidikan Al Barakah miliknya telah dikunjungi oleh individu yang berstatus ‘Datuk Seri’.

Katanya, kehadiran individu terbabit bertujuan untuk melawat dirinya yang sedang sakit serta ingin memberi sumbangan terhadap penghuni di Al-Barakah.

“Dalam sakit-sakit ini datang pula ‘Datuk Seri’ bagi sumbangan bon 1 juta euro kepada Al Barakah pukul 8 malam tadi (semalam).

“Menggigil tangan bila mereka serah tadi. 1 juta euro bersamaan berapa juta RM ye?,” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut kesal dengan sesetengah individu yang gemar mengambil kesempatan ketika orang lain berada dalam kesusahan.

“Allahuakbar, takutlah kepada Allah. Kita akan mati.

“Kepada orang sakit, orang-orang tua, anak-anak tahfiz, sekolah pondok, sanggup ada yang ambil kesempatan,” luahnya.

Baca Lagi:

Seram! Wanita ini dedah rupa sebenar lebih 10 rakan halusinasinya selain Amanda

Jutawan ‘low profile’ dari Kampung Baru miliki hotel mewah 42 tingkat di tengah bandar Kuala Lumpur

Penumpang tergantung secara terbalik di udara, putaran permainan Aero 360 rosak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *