Datuk Red cium kepala Adira dalam ‘live’ TikTok dikecam netizen. Tindakan spontan usahawan Datuk Seri Adnan Abu mencium kepala bekas isterinya, penyanyi Adira, semasa melakukan siaran langsung di TikTok, telah menimbulkan kecaman daripada ramai pihak.
Walaupun mereka masih menjalin hubungan baik selepas bercerai, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32 tahun, menyatakan reaksinya sendiri sudah mencukupi sebagai respons terhadap tindakan Adnan.
Bagaimanapun, Adira enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu menguatkan kembali isu rumah tangganya yang sudah pun reda.
“Bagi saya, reaksi saya terhadap situasi itu sudah jelas tetapi saya lebih suka tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara ini.
“Saya tidak mahu menaikkan lagi isu ini kerana ia tidak memberi manfaat kepada saya,” katanya.
Apabila ditanya tentang sama ada dia akan menetapkan sebarang syarat kepada Adnan untuk mengelakkan kejadian serupa, Adira memilih untuk tidak memberi sebarang komen.
Sebaliknya, Adira menegaskan bahawa niatnya hanyalah untuk membantu Adnan, atau yang mesra disapa Datuk Red, dalam perniagaan secara dalam talian.
“Itu pun saya tidak mahu memberikan sebarang komen kerana niat asal saya hanya untuk membantu sahaja,” ungkapnya.
Sebelum ini, berita tersebar luas di media sosial mengenai Adnan mencium Adira di bahagian kepala semasa siaran langsung di TikTok.
Tindakan spontan tersebut turut disaksikan oleh anak tirinya, Awin, yang turut terkejut dengan tindakan ayahnya tersebut.
Untuk rekod, Adnan dan Adira sah bercerai talak satu pada 24 April lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.
Adnan kemudian turut menceraikan isteri pertamanya Sharifah Norshafila pada 14 Mei 2024.
Hasil kedua-dua perkahwian itu Adnan dikurniakan sembilan orang cahaya mata.
@putehhhx #abgred #datored #abgredadira #datoredadira #adirasuhaimi #adirasuhaimireal #adirasuhaimidatukred ♬ perasaanku. – Taswim Rozan