Datuk Nash kritikal?, tuan badan mula bersuara

Datuk Nash kritikal?, tuan badan mula bersuara

Datuk Nash kritikal?, tuan badan mula bersuara. “Memang saya kena sakit pinggang yang amat sangat, tapi tidaklah sampai kritikal,” kata Datuk Nash, 63, mengenai penyebaran berita palsu mengenai keadaan kesihatannya yang dikatakan kritikal oleh beberapa portal berita.

Nash berkata, penyebaran berita palsu ini membuatkan ada dalam kalangan adik-beradik, saudara-mara dan sahabat baiknya menghubungi bertanyakan perkara sebenar.

“Mereka bertanya betulkah yang saya ini dalam keadaan teruk sangat dan kritikal? Ada yang menangis teresak-esak bila dengar suara saya dalam telefon.

“Apapun saya maafkan mereka yang buat laporan perkara tak betul dan juga mereka yang muat naik kembali gambar saya terbabit dalam kemalangan jalan raya dua tahun lalu

“Tak apalah perkara dah pun berlaku, saya maafkan. Terima kasih sekali lagi dan saya juga doakan yang baik-baik untuk semua. Aamiin Ya Rabbal Alamiin,” katanya menerusi video di Facebook, hari ini.

Datuk Nash kritikal?, tuan badan mula bersuara

Dalam hantaran itu, Nash juga merakamkan ucapan terima kasih buat semua sahabat-sahabat dalam Facebook atas doa dan ucapan untuknya.

“Terima kasih kepada seluruh peminat-peminat atau penggemar-penggemar saya di seluruh negara termasuk di Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan juga sahabat saya di Makkah.

“Alhamdulillah saya mendapat doa dan nasihat penuh kasih sayang daripada mereka-mereka ini berkenaan kesihatan saya,” katanya.

Semalam, Nash yang juga penyanyi Lefthanded meminta rakan-rakan dan peminat mendoakan keadaannya yang sukar bergerak akibat tersalah urat agar kembali pulih.

Nash yang baru pulang dari Sarawak terus menghadiri jemputan kahwin anak rakannya di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

Dia tiba agak lewat dan sebelah malam akan menghadiri satu lagi jemputan kahwin di Bandar Sungai Long, Kajang.

“Itu yang macam nak cepat-cepat siap. Tiba kat rumah dah nak masuk waktu Maghrib. Saya pun ambil wuduk sambil berdiri dan bila membongkok nak basuh lengan tangan, pinggang saya terus tersentap dan terus tak boleh berdiri tegak.
“Sakitnya Allah saja yang tahu. Seluruh badan saya ‘cramp’ (kejang), kaki tak boleh gerak. Panggil anak saya untuk bantu saya berjalan. Solat Maghrib pula terpaksa guna kerusi,” tulisnya.

Menurutnya, sebaik selesai solat, dia meminta anak dan menantunya menghantarnya ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam.

“Doktor terus bagi suntikan supaya saya rasa lega,” katanya.

Baca Lagi:
Lelaki bersanding ‘olok-olok’ demi mengelakkan keluarga dapat malu besar
Wanita sedih pernikahan dibatalkan, bakal suami dedah pihak perempuan minta geran rumah sebagai mas kahwin
Buah paling mahal di dunia, harga dia boleh beli sebuah rumah
CATEGORIES