Datin Shahida terima mesej individu tak dikenali minta belikan Iphone 14 Pro Max, siap kongsi cerita sedih lagi

Photo of author

By Joe

Datin Shahida terima mesej individu tak dikenali minta belikan Iphone 14 Pro Max, siap kongsi cerita sedih lagi. Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid terkejut apabila menerima mesej daripada seorang individu yang meminta beliau membelikan sebuah telefon pintar iPhone 14 Pro Max buatnya.

Menurut Shahida, alasan individu tersebut mahukan telefon pintar berjenama mewah itu adalah untuk urusan berniaga.

“Belikan saya iPhone 14 Pro Max boleh tak? Saya teringin nak pakai iPhone. Hari itu dah kumpul tapi duit saya hilang. Saya sedih sangat.
“Saya beli iPhone untuk ‘invest’ ke bisnes. Nak sangat buka kedai macam Datuk dan Datin. Semoga Allah permudahkan urusan Datin, dan ini no akaun saya,” kata lelaki itu menerusi tangkap layar perbualan yang dimuat naik Shahida di Instagramnya semalam.

Datin Shahida terima mesej individu tak dikenali minta belikan Iphone 14 Pro Max, siap kongsi cerita sedih lagi

Bagaimanapun, Shahida pada ruang kapsyen hantarannya itu memaklumkan beliau tidak dapat menunaikan permintaan individu terbabit.

“Maaf la ya adik, nak beli iPhone 14 nak minta duit. Saya ini pun telefon bimbit tak bertukar dah lama. Awak sibuk nak minta belikan telefon baharu,” balas Shahida.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan individu tersebut kerana disifatkan sebagai pemalas serta mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain.

Datin Shahida terima mesej individu tak dikenali minta belikan Iphone 14 Pro Max, siap kongsi cerita sedih lagi

“Ramai tahu Datuk dan Datin ini pemurah orangnya, selalu membantu. Tapi tak akan la nak minta beli telefon pun kau tak usaha, siap ‘demand’ nak iPhone 14 Pro Max. Lain macam cita rasa kau,” tegur Suhaimi.

“Mudahnya meminta macam itu tanpa rasa malu. Kita yang baca puj malu, usahalah adik, duit tak datang bergolek macam itu. Kalau rasa tak mampu, ukurlah baju di badan sendiri, pakai mana yang mampu. Pesan kakak nak berjaya kena usaha atas kaki sendiri tanpa meminta-minta,” pesan Amoiheaxa.

Baca Lagi:
“Kerja apa sampai pakai Vellfire? Tungang agama ke?”, ini respon Ustaz Adnin Roslan
Pelik bin ajaib, 3 ekor buaya tiba-tiba keluar dari tanah
PH-BN bakal bentuk kerajaan Pulau Pinang, mendahului 21 kerusi