Datang tarawih dapat duit RM80, beratus jemaah serbu masjid sejak 5 petang

Photo of author

By Joe

Datang tarawih dapat duit RM80, beratus jemaah serbu masjid sejak 5 petang. Sebuah masjid di Sumenep, wilayah Jawa Timur diserbu oleh ratusan jemaah untuk menunaikan solat tarawih bagi mendapatkan sumbangan wang tunai sebanyak 300,000 rupiah (RM80), lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Pemberian wang tersebut dilakukan di Masjid Naqsyabandi yang diasaskan oleh Ketua Banggar Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, Said Abdullah.

Menurut laporan Tribun Jateng, pemberian sumbangan ini dilakukan oleh Said Abdullah setiap tahun pada awal bulan Ramadan.

Datang tarawih dapat duit RM80, beratus jemaah serbu masjid sejak 5 petang

Berdasarkan sebuah video yang tular, orang ramai dilihat gembira kerana menerima sampul yang mengandungi wang 300,000 rupiah.

Menurut penduduk, orang ramai telah memenuhi masjid sejak pukul 5 petang bagi memastikan mereka mendapat tempat untuk menunaikan solat tarawih.

Bilangan jemaah yang begitu ramai menyebabkan ada yang terpaksa bersolat di atas jalan dan memerlukan bantuan polis untuk mengawal keadaan.

Menurut Said Abdullah, pada hari pertama Ramadan, beliau telah mengagihkan 15,000 sampul berisi wang kepada jemaah.

Baca Lagi:
Wanita mengaku bomoh ada ‘Kuasa tilik’ tipu mangsa RM46.1 juta
Ini cara betul pakai ihram untuk lelaki mengikut sunnah
Lelaki pandu Myvi sampai ke China tanpa sebarang masalah buat ramai kagum