Dari Speaker bawah pokok jadi Menteri Sumber Manusia

Dari Speaker bawah pokok jadi Menteri Sumber Manusia

Dari Speaker bawah pokok jadi Menteri Sumber Manusia. V Sivakumar yang dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia pernah mencatat sejarah dalam politik di Perak atau mungkin di Malaysia kerana semasa beliau menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun), sidang Dun pernah berlangsung di bawah pokok hujan-hujan, pada 3 Mac 2009.

Sivakumar pernah memanggil sidang tergempar untuk membentangkan usul ke atas peralihan tampuk kuasa kerajaan negeri.

Persidangan itu berlangsung di bawah pokok hujan-hujan selepas dipercayai Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Pakatan Rakyat dihalang daripada memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dun.

Dari Speaker bawah pokok jadi Menteri Sumber Manusia

Insiden itu menarik tumpuan ramai dan diingati sebagai peristiwa yang melucukan kerana prosiding itu berlaku di bawah sebatang pokok dengan Sivakumar lengkap berpakaian sebagai Speaker Dun dengan jubah dan songkoknya.

Memulakan kerjaya politik pada 1997 dengan menyertai DAP, Sivakumar pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada 2008 dan menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran.

Selepas 25 tahun berkecimpung dalam politik, Sivakumar, 51, yang menyandang kerusi Parlimen Batu Gajah sejak 2013 dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam PRU-15, Sivakumar sekali lagi memenangi kerusi Parlimen Batu Gajah dengan majoriti 53,836 undi menewaskan wakil Perikatan Nasional Woo Cheong Yuen dan Teoh Chin Chong daripada BN.

Baca Lagi:
Wanita sedih pernikahan dibatalkan, bakal suami dedah pihak perempuan minta geran rumah sebagai mas kahwin
Manager dengki dengan pekerja perempuan sebab cantik dan pakai Honda, dipaksa buat OT seminggu
Rupanya ada 2 roh dalam jasad manusia, sebab itu selalu mimpi bermacam-macam
CATEGORIES