Dari penyanyi terkenal era 1980an, kini bergelar ‘Senior Master’ taekwondo

Dari penyanyi terkenal era 1980an, kini bergelar ‘Senior Master’ taekwondo

Dari penyanyi terkenal era 1980an, kini bergelar ‘Senior Master’ taekwondo. “Sewaktu menyanyi kita rasa seronok dapat menghiburkan peminat, tapi sebagai penyanyi ada sesuatu yang kosong dalam diri. Jadi, saya mencari jawapan itu dan bertemu penghijrahan dalam agama.”

Demikian kata penyanyi popular era 1980-an, Ridzwan Abu Hassan atau lebih dikenali Dwen, 64, yang mengambil keputusan bersara dalam dunia nyanyian pada tahun 1996 walaupun namanya berada di puncak kejayaan ketika itu.

Dwen yang terkenal menerusi lagu Satu Penantian berkata, dia bagaimanapun kembali menerima tawaran persembahan pada tahun 2015, apabila diundang oleh seorang individu berpangkat Datuk untuk membuat persembahan di Sabah.

Dari penyanyi terkenal era 1980an, kini bergelar 'Senior Master' taekwondo

“Selepas 19 tahun tinggalkan bidang seni bagi mencari tujuan hidup sebenar, saya terima pelawaan membuat persembahan di Sabah. Namun, majlis itu hanyalah berskala kecil bersama beberapa artis ternama tanah air.

“Alhamdulillah, saya gembira dengan apa yang saya lalui sekarang ini. Saya tidak tertekan atau berasa suatu kehilangan dalam diri… Tidur saya pun lena,” katanya ketika ditemui pada majlis anjuran Institute Of Taekwondo Professor Seminar 2022 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Menurut Dwen, selama tidak terbabit dalam dunia seni dia aktif menjadi tenaga pengajar dalam sukan taekwondo.

“Dalam sukan taekwondo ini saya sudah terbabit hampir 26 tahun sebagai tenaga pengajar dan kini memegang gelaran ‘Senior Master’. Jadi, inilah punca pendapatan saya selepas mengambil keputusan untuk tidak menyanyi.

“Sepanjang terbabit dalam sukan taekwondo, saya pernah memegang jawatan sebagai Presiden Taekwondo Malaysia selama satu penggal iaitu pada 2000 hingga 2005.

“Malah, saya juga pernah mewakili negara dalam Kejohanan Taekwondo Dunia yang berlangsung di Argentina pada 1998, tetapi rezeki tidak berpihak apabila hanya sekadar melepasi pusingan separuh akhir.

“Selain itu, saya juga sudah mengelilingi hampir semua negara Eropah untuk mewakili negara dalam sukan kejohanan mahu pun seminar,” katanya.

Ditanya adakah pintu hatinya dalam dunia nyanyian sudah tertutup, Dwen bagaimanapun memberitahu dia masih menerima sebarang undangan persembahan.

Namun, Dwen tidak berminat untuk menyertai sebarang pertandingan nyanyian.

“Saya lihat industri seni nyanyian berada di tahap yang baik dan masih boleh cari rezeki. Tapi, setiap orang dikurniakan rezeki yang berbeza-beza dan lagu sekarang pun sudah tak sama macam dulu.

“Industri muzik sekarang sudah berevolusi dan saya tahu kedudukan saya di zaman bila. Mungkin kemampuan saya hanya sesuai di zaman itu.

“Saya masih boleh menyanyi tapi lebih selesa kalau diundang dalam acara tertutup. Saya ini bukanlah artis versatil, sebaliknya sedar kemampuan diri saya setakat mana.

“Andai kata saya masuk pertandingan nyanyian dan tiba-tiba kena menyanyi lagu rock takkan saya nak menjatuhkan nama saya. Kenapa saya nak bertanding, kalau tahu saya tak mampu,” katanya.

Baca Lagi:
Kereta Proton Saga muncul dalam siri Mr.Bean akhirnya terjawab
Duit pencen pesara guru RM92,000 lesap ditipu ‘pegawai Tabung Haji’
Selalu mimpi ibu mertua bagi anjing hitam kat bilik tidur, minta tolong ustaz scan dari jauh akhirnya terbongkar
CATEGORIES