Dari dulu sampai sekarang ramai yang tak tahu kenapa pemain bola diiringi kanak-kanak ketika masuk padang, ini sebabnya

Dari dulu sampai sekarang ramai yang tak tahu kenapa pemain bola diiringi kanak-kanak ketika masuk padang, ini sebabnya

Dari dulu sampai sekarang ramai yang tak tahu kenapa pemain bola diiringi kanak-kanak ketika masuk padang, ini sebabnya. Bola sepak merupakan sukan paling popular. Tidak hairan pelbagai ikon-ikon sukan lahir dari sukan ini seperti, Diego Maradona, Pele, David Beckham, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Menariknya, sukan ini ibarat tali persaudaraan kerana dapat memupuk semangat kesukanan dan patriotik yang tinggi. Hal ini dapat dilihat dengan sokongan padu yang diberikan oleh peminat-peminat tidak kira sama ada di dalam stadium, kedai makan, rumah dan sebagainya.

Umumnya, setiap perlawanan yang dimainkan melibatkan 22 pemain yang berhempas pulas berjuang selama 90 minit di atas padang.

Dari dulu sampai sekarang ramai yang tak tahu kenapa pemain bola diiringi kanak-kanak ketika masuk padang, ini sebabnya

Kebiasaannya, sebelum perlawanan berlangsung, kita dapat menyaksikan para pemain akan berbaris dan menyanyikan lagu kebangsaan masing-masing bersama kanak-kanak.

Namun, pernahkan anda terfikir mengapa para pemain bola sepak ditemani oleh kanak-kanak sebelum perlawanan berlangsung?

Lebih pelik lagi, mereka turut mengenakan pakaian seperti pemain bola sepak lain. Sudah tentu ianya menjadi tanda tanya terhadap orang ramai termasuklah siapakah mereka.

Untuk mengungkap dengan lebih lanjut mengenai topik menarik ini, mari kita ikuti perkongsian di bawah.

Sejarah Tradisi Pemain Bola Diiringi Kanak-Kanak Masuk Ke Dalam Padang

Difahamkan, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menandatangani perjanjian bersama badan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berhubung kesedaran kanak-kanak.

Tradisi ini dipercayai telah mula diadaptasikan dan dipraktikkan sekurang-kurangnya sejak tahun 1990-an lagi.

Slogan “Katakan Ya kepada Kanak-kanak” telah mendapat kelulusan dan menjadi sebahagian acara yang paling penting dalam acara bola sepak dunia sehingga kini.

Ia bertujuan untuk mendedahkan kepada umum tentang kepentingan melindungi kanak-kanak

Kedua-dua badan berkenaan menemui kata sepakat dalam membawa kanak-kanak ke dalam padang sebelum perlawanan bermula. Mereka dianggap sebagai “maskot” kerana mengenakan seragam jersi selain logo FIFA dan “UNICEF”.

Menurut Arabia Weather, tradisi kanak-kanak mengiringi pemain pertama kali ditampilkan pada tahun 1999 dalam perlawanan akhir Piala FA, yang melibatkan perlawanan antara Manchester United menentang Newcastle.

Melahirkan Rasa Simpati

Dengan kehadiran kanak-kanak, ia sekurang-kurang mengurangkan tingkah laku buruk penonton seperti melontarkan sampah atau barangan ke arah pemain.

Hal ini dapat dilihat ketika perarakan masuk pemain bersama kanak-kanak. Sudah tentu, para penyokong akan terlintas di fikiran sama ada mereka merupakan anak yatim atau miskin.

Secara tidak langsung ia memberi impak positif dan melahirkan sifat kemanusiaan dalam masyarakat.

Selain itu, ia juga menggalakkan orang ramai untuk memperjuangkan hak kanak-kanak dalam 10 prinsip yang diperjuangkan termasuk “Pastikan tiada kanak-kanak terpinggir” dan “Membanteras kemiskinan”.

Mengenakan Bayaran

Untuk makluman, sesetengah kelab-kelab termasuk Liga Perdana Inggeris mengenakan bayaran kepada kanak-kanak yang ingin memasuki ke dalam stadium dengan ditemani pemain terkenal dunia.

Menurut Boomplay, bayaran yang dikenakan dianggarkan sekitar hampir RM2,000 hingga RM3,300 (£350-£600).

Dalam masa yang sama, pengurusan kelab akan menikmati faedah yang dirangka dalam prosedur tersebut bagi pembangunan masa depan kelab.

Seperti yang diketahui, pelbagai sukan lain turut melibatkan kanak-kanak. Cetusan idea ini sekurang-kurangnya menjadikan sukan bola sepak sukan mesra keluarga, kanak-kanak dan dihormati komuniti yang berbeza-beza.

Justeru, penampilan kanak-kanak bersama pemain merupakan satu langkah positif dalam memupuk kesedaran dalam masyarakat dan menjadikan sukan ini mesra keluarga.

Baca Lagi:
Akibat cuaca panas, ribuan ikan talipia mati di Tasik Unisza
Ibu didakwa rakam video lucah bersama 2 anak sendiri
Baru nak berangan cantik, baju Anju pula tak bagi kerjasama terselit di ‘bontot’ buat ramai terhibur
CATEGORIES