Dapat suami ‘terpaling’ sabar, isteri naik kepala siap mengaku janda bercinta dengan 10 lelaki

Photo of author

By Joe

Dapat suami ‘terpaling’ sabar, isteri naik kepala siap mengaku janda bercinta dengan 10 lelaki. Orang kata manusia berhak diberi peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan lalu dan membina hidup baharu.

Namun bagi seorang lelaki, dia sama sekali tidak menyangka peluang yang diberikan berulang kali kepada isterinya yang berkelakuan curang hanya sia-sia.

Begitulah hakikat yang pahit untuk ditelan buat lelaki ini yang melayari bahtera rumah tangga selama 10 tahun.

Dapat suami 'terpaling' sabar, isteri naik kepala siap mengaku janda bercinta dengan 10 lelaki

Mungkin disebabkan usia perkahwinan sedekad atau kerana masih ada sayang, dia cuba terus mempertahankannya meskipun si isteri bersikap tidak jujur.

“Dah banyak kali isteri saya kantoi curang dan saya dah banyak kali beri peluang untuk dia berubah. Dia berjanji banyak kali tak akan ulangi kesalahan dia.
“Tapi selalu kantoi, dah lebih 10 laki. Dia mengaku janda dan macam-macam lagi,” luahnya menerusi satu hantaran di Facebook.

Tidak mengabaikan tanggungjawab, sebaliknya lelaki itu menegaskan nafkah kepada isteri sentiasa diberikan tidak termasuk perbelanjaan lain.

“Barang-barang dapur, bil-bil semua saya laksanakan, tapi kebodohan saya masih sayang dan beri peluang walaupun dah lebih 10 kali terjadi.

“Saya perlukan kata-kata semangat,” katanya sebak.

Luahan suami berkenaan mengejutkan netizen kerana kesabaran lelaki itu yang masih memberi peluang berkali-kali kepada isterinya yang berlaku curang.

Pada masa sama, ada yang melabel dia sebagai lelaki dayus, sekadar merintih tanpa bertindak seperti ketua keluarga yang sebenar.

“Berkali-kali, sabar kau hebat bang. Cari yang lain bang, dah boleh pulangkan dia pada orang tuanya. Peluang yang diberi nampaknya disia-siakan.

“Dayus… tu je nak kata. Tak apa, tunggu je bini ulang sampai 20 kali. Kata-kata semangat daripada saya, teruskan jadi bodoh.

“Dia mengaku janda kan? Jandakan dia kalau dia susah nak berubah. Mulakan hidup baharu.

“Dayus dah tu. Pergilah ke pejabat agama buat aduan dan dapatkan pendapat sewajarnya. Buat apa nak tanggung dosa seorang isteri yang tak pandai bersyukur. Fikir baik-baik ye, kasihan pada diri sendiri dan anak-anak,” komen netizen.

Baca Lagi:
Wanita menabung duit lebihan dari perniagaan dalam masa 13 hari dapat RM20,000
Ramai ambil peluang jual semula beg percuma Apple The Exchange TRX dengan harga RM550
“Visor helmet dia tak akan tutup walaupun hujan badai melanda”- Video lelaki bawa ikan baung ekor merah gergasi atas moto raih perhatian ramai