Dapat jana pendapatan RM100,000 sebulan tanam cili, ratu rock Ella kini bergelar jutawan

Dapat jana pendapatan RM100,000 sebulan tanam cili, ratu rock Ella kini bergelar jutawan

Dapat jana pendapatan RM100,000 sebulan tanam cili, ratu rock Ella kini bergelar jutawan. Namun, sejak dua menjak ini penyanyi lagu Sembilu ini sudah mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Kini dalam diam-diam Ella telah melebarkan sayap perniẫgaannya dengan menjadi pengusaha cili bersama suaminya.

Nama ratṳ rock Ella, tidak asing lagi buat peminat muzik tanahair 80-90an. Memiliki suara unik ‘serak-serak basah’ dan lantang membuat penyanyi yang sudah menjangkẫu ke usia 50 ini masih kekal rɛlevan sehingga ke hari ini.

“Niat saya hendak mendidik masyarakat dan menjadi inspirasi kepada anak muda,” kata ratu rock tanah air, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin.

“Sudah sampai masanya untuk saya berbẫkti pada tanah di negara sendiri yang boleh menghasilkan pelbagai jenis tanaman.

Dapat jana pendapatan RM100,000 sebulan tanam cili, ratu rock Ella kini bergelar jutawan

Menurutnya, dia dan suaminya, Azhar Ghazali mengusahakan tanaman fertigasi cili sejak dua tahun lalu dengan m0dal pusingan RM150,000 membabitkan tiga ladang berkeluasan 1.2 hektar.

“Setahun kami dapat menghasilkan dua musim di mana setiap musim dari peringkat semaian hingga menuai mengambil masa selama enam bulan. Kami menggunakan benih cili kulai 461 yang terbukti berkualiti dan baik,” katanya yang ditemui di ladangnya di Puncak Alam.

“Alhamdulillah, tanaman ini sudah masuk musim keenam di mana setiap ladang mampu menghasilkan pengeluaran cili lapan tan.

Ella berkata, setiap ladang mempunyai keluasan 0.4 hektar yang mampu menanam kira-kira 5,000 pokok cili menggunakan beg semaian di mana setiap pokok dapat menghasilkan sehingga dua kilogram (kg) cili dengan panjang mencɛcah lima hingga enam inci.

“Sebelum berkecimpung dalam bḭdang ini, saya dan suami banyak membuat penyelidikan dan mendapatkan maklumat mengenai tanaman fertigasi cili termasuk mengikuti kursus asas pertanian.

“Sejak kecil saya suka bercucuk tanam pokok bunga di keliling rumah. Mungkin sudah ditakdirkan jodoh dengan suami mempunyai minat yang sama dalam pertanian walaupun kami tiada asas pertanian.

Dapat jana pendapatan RM100,000 sebulan tanam cili, ratu rock Ella kini bergelar jutawan

Ditanya mengenai bidang nyanyian yang diceburi sejak 34 tahun lalu, Ella berkata, dia menjadikan bidang nyanyian dan pertanian sebagai kerjaya utama kerana meminati industri berkenaan.

“Saya yakin potensi perniagaan pertanian ini mampu menjana pendapatan lumayan sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

“Saya menggalakkan lebih ramai golongan muda berkecimpung dalam bidang pertanian kerana ia menjanjikan masa depan yang baik, sekali gus mengurangkan cili import,” katanya.

“Saya akan terus menyanyi kerana minat sejak kecil dan pada masa sama akan memantau perkembangan ladang cili supaya ia tidak dilakukan separuh jalan.

“Kecanggihan teknologi masa kini membolehkan bidang pertanian makin berkembang pesat dan berupaya mengurangkan kos serta sumber manusia di samping meningkatkan kecekapan dalam menangani cabaran dan isu pertanian.

Sementara itu, Azhar berkata, bagi tanaman musim kali ini, dia menggunakan sistem perladangan pintar menerusi aplikasi Internet of Things (IoT) yang mana parameternya dipantau menerusi komputer dan telefon pintar.

“Lebih menarik semua parameternya dipantau menerusi komputer dan telefon pintar. Ia membolehkan IoT membawa manfaat kepada fertigasi cili khususnya dalam proses penjagaan berjalan dengan lebih bermaklumat.

Menurutnya, selain mengelak pembaziran dan mengurangkan kos operasi, hasil pertanian yang dikeluarkan juga lebih berkualiti kerana mendapat bekalan air dan baja dalam kuantiti yang diperlukan termasuk kandungan Omega 3.

“Ia mudah dipantau. Penderia untuk suhu, kelembapan udara dipasang di kawasan fertigasi cili manakala penderia kelembapan tanah pula diletakkan dalam sabut kelapa di pangkal pokok cili yang secara langsung berperanan sebagai masukan kepada aplikasi sistem IoT ini,” katanya.

“Hasil pengeluaran cili ini akan dipasarkan ke pasar raya, kedai runcit, Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat dan restoran makanan.

“Dengan menggunakan kaedah IoT, ia dapat meningkatkan hasil pengeluaran sehingga tiga kg bagi satu pokok cili selain dapat memenuhi permintaan pasaran cili tempatan yang kurang mengandungi bahan kimia berbanding cili import,” katanya.

“Kami turut mengadakan khidmat nasihat kepada usahawan yang mahu menjalankan aktiviti pertanian fertigasi cili,” katanya

“Dalam perancangan masa depan, kami akan memasarkan sendiri cili ini dan menambah ladang di kawasan berhampiran.

Sɛktor pertanian kini tidak lagi boleh dipandang remeh. Kalau dulu pertanian dianggap sara diri dan hanya untuk diri sendiri dan keluarga, tetapi hari ini ianya dianggap sebagai sebuah perniẫgaan. Kena dengan cara dan diusahakan dengan ilmu serta kesungguhan akan mampu menjẫna pṳlangan yang lṳmayan.

Baca Lagi:
Lupus kenderaan berusia 10 tahun elak kesesakkan, ini reaksi rakyat Malaysia
Suhu sejuk 18 darjah, penduduk Sik sejuk sampai tulang
Nama Rosyam Nor dipetik netizen, walau kaya tetap setia
CATEGORIES