Dakwaan lebih 200 sekolah agama di Selangor diarah tutup, ini cerita sebenar

Photo of author

By Joe

Dakwaan lebih 200 sekolah agama di Selangor diarah tutup, ini cerita sebenar. Dakwaan lebih 200 sekolah agama di Selangor diarah tutup adalah tidak benar dan dinafikan sekeras-kerasnya oleh kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, tuduhan tersebut disifatkan tidak berasas yang cuba memburukkan usaha pemutihan sekolah agama persendirian dalam matlamat meningkatkan kualiti dan taraf institusi pendidikan agama di negeri itu.

Dakwaan lebih 200 sekolah agama di Selangor diarah tutup, ini cerita sebenar

“Kerajaan negeri mengambil langkah sejak 2019 bagi membangunkan Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) Persendirian Negeri Selangor melibatkan 416 buah sekolah,” katanya yang dipetik laman sesawang, Sebenarnya.my.

Mohd Zawawi berkata, usaha tersebut dilakukan berasaskan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang gusar dengan peningkatan kejadian malang menimpa sekolah agama termasuk tragedi kebakaran yang meragut 23 nyawa dan mencederakan lima murid pada 2018.

“Usaha murni yang dilakukan kerajaan negeri itu telah mendapat dokongan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) yang dianggotai oleh 478 institusi sekolah agama persendirian,” katanya.

Baca Lagi:
Wanita kahwin dengan lelaki Bangladesh yang kenal di kilang, buat majlis di kampung suami tak sangka ini yang terjadi
Wanita ini mampu tengok barang hilang melalui WhatsApp, gelang emas hilang tahun lepas dijumpai
Kerja offshore tapi ayah cerai ibu sebab nak kahwin dengan janda, lepas jatuh bankrap ayah guna nama anak buat loan sampai kena blacklist