Da’i Syed bebas dengan ikat jamin sementara, siap buat video tolak stroller anak dikawasan rumah. Umum mengetahui bahawa pendakwah selebriti Da’i Syed telah dilepaskan sementara daripada menjalani hukuman di Penjara Kajang oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.
Terbaru, , Syed dilihat memuat naik sebuah video di Instagram Story bersama anak perempuannya, Sharifah Fatma Nour Jamalullail.
Video tersebut menunjukkan Syed sedang bersiar-siar sambil menolak stroller anaknya, dan dipercayai dirakam di sekitar kawasan perumahan Syed. Lagu ‘La Petite Fille de la mer’ oleh Vangelis dipilih sebagai muzik latar.
Memetik laporan BH Online, seorang peguam yang dikenali sebagai Dr Mahmud Jumaat menjelaskan mengenai penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan sebat yang diperoleh oleh Syed.
Menurut Mahmud, penangguhan tersebut adalah prosedur biasa dan tidak ada kaitan dengan dakwaan kononnya mahkamah boleh ‘dibeli’. Beliau menambah bahawa tiada istilah menggunakan ‘kabel’ atau pengaruh dalam kes ini, dan kritikan terhadap sistem kehakiman negara adalah tidak berasas.
Sebelum ini, hakim Mahkamah Sesyen menolak permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman kerana tiada keadaan khas untuk itu. Namun, pasukan pembelaan telah membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh hakim Mahkamah Sesyen.
Pasukan pembelaan juga memfailkan notis usul untuk memohon penggantungan pelaksanaan hukuman di bawah Seksyen 311 Kanun Acara Jenayah. Ini adalah proses biasa bagi mana-mana pesalah; apabila permohonan penggantungan di Mahkamah Sesyen ditolak, mereka akan memfailkan permohonan kedua di Mahkamah Tinggi.
Inilah yang dilakukan oleh peguam tertuduh, di mana permohonan kedua telah diterima di Mahkamah Tinggi.