“Dah sama level dengan Khairul Aming”- Wanita Orang Asli raih jualan RM1 juta dalam masa 1 minggu di TikTok

Photo of author

By Joe

“Dah sama level dengan Khairul Aming”- Wanita Orang Asli raih jualan RM1 juta dalam masa 1 minggu di TikTok. Nama Jungle Girl sudah tidak asing lagi di media sosial selepas produknya mula mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat tempatan.

Melalui akaun @Jungle Girl di TikTok, Nur Rafidah Man, 26, seorang wanita Orang Asli dari Suku Jahut, dikatakan berani mengambil keputusan untuk menyertai bengkel multimedia dan perniagaan digital yang dianjurkan oleh guru pendidikan khas integrasi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krau. Kini, beliau mempunyai kira-kira 61,000 pengikut.

Baru-baru ini, seorang pengguna X @faezcitizen telah berkongsi jumlah pendapatan yang berjaya diraih oleh figura wanita tersebut, yang mencecah jutaan ringgit melalui penjualan produk minyak herba hasil buatannya sendiri.

"Dah sama level dengan Khairul Aming"- Wanita Orang Asli raih jualan RM1 juta dalam masa 1 minggu di TikTok

Dalam gambar yang dikongsikan, Jungle Girl berjaya menjana pendapatan sebanyak RM1.02 juta dengan 29.72 ribu barangan jualan menerusi platform TikTok.

"Dah sama level dengan Khairul Aming"- Wanita Orang Asli raih jualan RM1 juta dalam masa 1 minggu di TikTok

Lebih mengejutkan lagi, pendapatan jutaan ringgit boleh dicapai dalam masa hanya seminggu.

Susulan perkongsian itu, orang ramai meluahkan rasa kagum dengan pencapaian Jungle Girl yang mampu menjana jutaan ringgit walaupun hanya menggunakan setup yang biasa, seperti bilik kosong atau beranda di rumah sahaja.

"Dah sama level dengan Khairul Aming"- Wanita Orang Asli raih jualan RM1 juta dalam masa 1 minggu di TikTok

"Dah sama level dengan Khairul Aming"- Wanita Orang Asli raih jualan RM1 juta dalam masa 1 minggu di TikTok

Selain meluahkan keterujaan, pelanggan yang telah mencuba produk Minyak 1001 Khasiat Jungle Girl mendedahkan bahawa ia sememangnya mujarab untuk melegakan pelbagai masalah seperti kelesuan, pening kepala, dan sebagainya.

Malah, ramai juga bersetuju bahawa wanita ini mempunyai karakter yang peramah dan ikhlas semasa membuat siaran langsung, yang menarik minat orang ramai untuk menontonnya.

Kami mendapati bahawa hasil pendapatan itu boleh dicapai kerana ramai orang yang menjadi affiliate, sekali gus merancakkan penjualan dengan lebih meluas.

Perkara ini terbukti apabila pengguna TikTok terutamanya boleh melihat banyak siaran langsung yang mempromosikan minyak herba keluaran Jungle Girl.

Bukan itu sahaja, difahamkan setiap rakan kongsi bakal menerima komisen setinggi RM15 bagi setiap produk yang dijual, menyebabkan ramai orang berebut-rebut untuk turut menjualnya.

"Dah sama level dengan Khairul Aming"- Wanita Orang Asli raih jualan RM1 juta dalam masa 1 minggu di TikTok

"Dah sama level dengan Khairul Aming"- Wanita Orang Asli raih jualan RM1 juta dalam masa 1 minggu di TikTok

"Dah sama level dengan Khairul Aming"- Wanita Orang Asli raih jualan RM1 juta dalam masa 1 minggu di TikTok

Jadi, boleh dikatakan bahawa semua orang boleh mengadaptasi teknologi untuk memajukan ekonomi mereka, walaupun tinggal di kawasan pendalaman.

Baca Lagi:
Netizen dakwa menantu Jokowi ketiak busuk selepas tular gambar bersama budak tutup hidung
“Ada yang berani lalu ke?”- Jambatan paling tinggi di dunia bakal siap tahun 2025
Remaja maut selepas kompresor aircond tiba-tiba jatuh atas kepala