“Dah macam kedai runcit”- Pekerja 5 orang dalam ofis tapi dapat bos yang pemurah

Photo of author

By Joe

“Dah macam kedai runcit”- Pekerja 5 orang dalam ofis tapi dapat bos yang pemurah. Tidak dinafikan, antara perkara yang boleh membuatkan pekerja gembira di pejabat adalah apabila mereka diberikan elaun makan.

Setiap pejabat pasti mempunyai pantri untuk staf berkumpul dan makan bersama. Namun, tidak semua syarikat menyediakan makanan percuma untuk pekerja mereka.

Berbeza dengan seorang lelaki ini yang telah berkongsi sebuah video memaparkan pelbagai jenis makanan yang ada di pantri pejabatnya, yang telah mencuri tumpuan ramai.

"Dah macam kedai runcit"- Pekerja 5 orang dalam ofis tapi dapat bos yang pemurah

Menerusi video itu, kelihatan rak makanan di pejabatnya dipenuhi dengan pelbagai jenis mi segera, keropok, dan banyak lagi.

Apa yang lebih menarik perhatian, lelaki tersebut memberitahu bahawa di syarikatnya hanya ada lima orang pekerja. Namun, mereka bersyukur kerana mempunyai bos yang baik hati dan pemurah.

“Dalam pejabat ada lima orang staf je, tapi dapat bos provider,” katanya.

Baca Lagi:
Nenek cantik usia 80 tahun antara finalis Miss Universe Korea
BYD jenama kereta elektrik paling laris di Malaysia, bukan lagi TESLA
Pelancong China basah kuyup serik tak mahu datang ke Kuala Lumpur lagi