Dah lama pakai kereta tapi masih belum tahu maksud sebenar simbol ini, ini fungsi dan waktu sesuai untuk guna

Dah lama pakai kereta tapi masih belum tahu maksud sebenar simbol ini, ini fungsi dan waktu sesuai untuk guna

Dah lama pakai kereta tapi masih belum tahu maksud sebenar simbol ini, ini fungsi dan waktu sesuai untuk guna. Setiap kereta mempunyai butang untuk membenarkan udara dari luar untuk mengalir ke dalam kereta. Lazimnya, ia sering ditutup untuk mengelakkan bauan kurang menyenangkan daripada memasuki kenderaan. Pun begitu, butang ini sebenarnya mempunyai beberapa peranan lain bagi membantu anda memandu dengan lebih selesa.

Mari ikuti tip dan trik penggunaan fungsi tersebut yang dikongsikan oleh Auto Parts Laboratory seperti di bawah.

Dah lama pakai kereta tapi masih belum tahu maksud sebenar simbol ini, ini fungsi dan waktu sesuai untuk guna

1. Jika anda merokok dalam kenderaan, aktifkan mod udara luar untuk singkirkan asap dengan lebih cepat.

2. Aktifkan mod ini ketika memandu dalam perjalanan jauh atau di lebuhraya bagi membantu pengaliran oksigen untuk mengelakkan pemandu mengantuk.

3. Aktifkan mod udara luar ketika hujan untuk kurangkan kabus pada cermin tanpa membuka tingkap.

4. Tutup mod udara luar ketika menggunakan pendingin hawa bagi mengelakkan udara sejuk keluar dan udara panas masuk.

5. Tutup mod udara luar ketika trafik sesak bagi mengelakkan asap kenderaan lain masuk ke dalam kereta anda.

Tonton video di bawah:

@auto.parts.laboratory #carguy #tutorial #fyp #todayilearned #4u #florida #usa #america #washington #losangeles ♬ Nocturnal Jam – Sarah, the Illstrumentalist

Baca Lagi:
SPRM serbu Aman Palestin, rampas 4 jongkong emas seberat 1kg setiap satu – Lapor sumber
Selepas Coldplay, tular video konsert wanita Siam seksi di Bachok Kelantan?
Ramai terkejut lihat Kancil diubahsuai jadi 4×4, selamba je panjat bukit
CATEGORIES