“Dah kalau Siti Nurhaliza penyanyi no 1 Malaysia, siapa penyanyi no 2?”, ini jawapan Tokti sambil senyum

“Dah kalau Siti Nurhaliza penyanyi no 1 Malaysia, siapa penyanyi no 2?”, ini jawapan Tokti sambil senyum

“Dah kalau Siti Nurhaliza penyanyi no 1 Malaysia, siapa penyanyi no 2?”, ini jawapan Tokti sambil senyum. Gelaran ‘nombor satu negara’ merupakan julukan yang diberikan buat mereka yang menjadi orang pertama menguasai sesuatu bidang. Dengan memiliki bakat dan kepandaian yang luar biasa, mereka diangkat dan dihargai oleh masyarakat dengan panggilan tersebut.

Sebagai contoh seperti Datuk Siti Nurhaliza, yang digelar sebagai penyanyi nombor satu negara, manakala Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha pula merupakan angkasawan pertama negara.

Pun begitu, tiada siapa antara kita yang mula mencari atau menyoal berkaitan dengan mereka yang memegang gelaran ‘nombor dua negara’.

"Dah kalau Siti Nurhaliza penyanyi no 1 Malaysia, siapa penyanyi no 2?", ini jawapan Tokti sambil senyum

Pilihan TokTi berkaitan penyanyi nombor dua Malaysia

Bagaimanapun, baru-baru ini, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dikenali TokTi memecahkan ‘sunyi’ dengan menjawab persoalan mengenai siapakah penyanyi nombor dua negara selepas ditanya peminat dalam siaran langsung (live) yang dilakukan.

Dalam video perkongsian @IniAlalalannn di Twitter, TokTi yang memakai tudung sarung itu dengan santai menatal dan membaca komen-komen daripada peminat.

“Datuk Siti nak tanya, jika Datuk Siti penyanyi nombor satu Malaysia, siapakah penyanyi nombor dua dan tiga pilihan Datuk Siti?,” demikian soalan yang diajukan oleh peminat.

Sebelum beliau menjawab soalan itu, TokTi dilihat sedang berfikir sejenak dan kemudian memberikan jawapan yang ditunggu-tunggu oleh peminat.

“Hari itu, Aliff Syukri nombor satu, selepas itu dia dah bagi dekat saya, jadi dia nombor dua,” katanya sambil senyum.

Imbas kembali, beberapa bulan dahulu, TokTi mengesahkan Datuk Aliff Syukri memegang status sebagai penyanyi nombor satu negara.

Perkara itu dapat dilihat selepas TokTi membalas komen Aliff Syukri di Instagram beliau.

“Cantiknya awak idola saya. Awak kenal tak saya artis nombor satu ni,” komen Aliff Sukri pada video promosi tudung dimuat naik TokTi.

Kemudian, TokTi membalas komen tersebut dengan bergurau dan mengakui usahawan tersebut sememangnya artis nombor satu.

“Mestilah kenal awak penyanyi nombor satu. Saya di belakang awak ya,” ujarnya.

Tidak lama selepas itu, Aliff Syukri menyerahkan kembali takhta asal gelaran itu kepada Toktik selepas disuruh oleh ibunya, Bonda Rozita.

Bersin sama merdu seperti suara

Semasa menatal komen yang ditinggalkan para peminat, beliau sempat bersin dahulu sebelum menjawab soalan yang dibaca.

Warga maya yang sangat mengagumi TokTi mengatakan walaupun penyanyi lagu Cindai itu bersin, bunyinya sangat merdu seperti suaranya.

Sesetengah mereka meninggalkan komen menyatakan bersin TokTi mempunyai irama dan lagu yang sangat sedap.

“Bersin pun berlagu, ada irama di situ,” kata warga maya.

“Bersin pun ada nada-nada dari lagu Cindai. Kalau tengok video ini sambil pejam mata pun kita tahu itu bersin Datuk Siti,” seloroh netizen.

“Bersin pun merdu,” puji warga maya lagi.

Rata-rata mereka mengambil peluang memuji perbuatan yang dilakukan oleh TokTi sepanjang beliau live bersama peminat.

Baca Lagi:
Nampak cantik dari luar Seri Perdana, rupanya di dalam ‘indah khabar dari rupa’
Tikus bersaiz lebih besar daripada kucing mengancam seluruh penduduk kampung
“Tanpa henti, setiap hari ada surat cinta & hadiah dari pelajar diletak atas meja cikgu, bila ditanya kenapa tak sangka pelajar jawab macam ni
CATEGORIES