“Dah 30 tahun dalam dunia politik, sekarang baru dapat masa healing” – Hishammuddin

“Dah 30 tahun dalam dunia politik, sekarang baru dapat masa healing” – Hishammuddin

“Dah 30 tahun dalam dunia politik, sekarang baru dapat masa healing” – Hishammuddin. Tiada apa yang membahagiakan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selain daripada berpeluang meluangkan masa menenangkan diri atau kini lebih dikenali dengan isitilah ‘healing’ daripada belenggu persekitaran.

Tanpa menjelaskan maksud ‘healing’ daripada perspektif beliau, bekas menteri kanan dan pemimpin UMNO itu berkongsi hantaran dalam akaun media sosial pada Ahad.

Mengiringi kapsyen dalam gambar berkenaan ialah: “Dah 30 tahun dalam dunia politik, sekarang baru dapat masa healing.”

"Dah 30 tahun dalam dunia politik, sekarang baru dapat masa healing" - Hishammuddin

Gambar yang kongsi bekas Naib Presiden UMNO itu menunjukkan beliau seolah-olah berada di kawasan seperti padang pasir.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Sembrong yang digantung keahliannya dalam UMNO selama enam tahun sejak 27 Januari lalu tidak pula menyatakan atau memberi bayangan lokasi gambar berkenaan dirakamkan.

Rata-rata pengikut Hishammuddin meninggalkan komen yang mengharapkan kepulangan semula beliau ke parti UMNO dan kembali menerajui parti itu.

Bahkan, ramai juga yang menitipkan doa dan harapan kepadanya bahawa akar umbi parti masih menyokongnya dari belakang.

Pada 5 Ogos lalu, Hishammuddin menyambut ulang tahun kelahiran ke-62.

Baca Lagi:
Duit tersilap masuk hampir RM50 juta dalam akaun, pasangan ini sempat beli 4 buah rumah tak sangka pengakhirannya jadi macam ini
Negeri terkaya dalam Malaysia yang ramai salah sangka selama ni
Mahkamah jatuhkan hukuman bunuh individu hina Nabi, ketika dikebumikan jasad berpaling dari arah kiblat dengan sendiri
CATEGORIES