Daging korban tidak sesuai dimasak ‘steak’, ini sebabnya yang ramai tak tahu

Photo of author

By Joe

Daging korban tidak sesuai dimasak ‘steak’, ini sebabnya yang ramai tak tahu. Umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun, di mana ibadah korban dilaksanakan untuk mengenang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang hampir mengorbankan anaknya, Nabi Ismail, atas ketaatannya terhadap perintah Allah S.W.T.

Lembu dan haiwan lainnya akan disembelih di kawasan pekarangan masjid, dan dagingnya akan diagihkan kepada penerima yang layak, termasuk fakir miskin.

Rasa daging korban selalunya sedap apabila dimasak dengan betul, sama ada sebagai lauk kari, rendang, sup, dan sebagainya.

Daging korban tidak sesuai dimasak 'steak', ini sebabnya yang ramai tak tahu

Bagaimanapun, seorang pengguna laman X menjelaskan bahawa daging korban sebenarnya tidak sesuai dijadikan sebagai hidangan stik seperti yang terdapat di restoran terkemuka.

Beliau yang juga merupakan tukang masak profesional menjelaskan bahawa lembu akan mengalami fasa Rigor Mortis selepas disembelih, yang menyebabkan daging menjadi keras sehingga tidak sesuai dimakan sebagai stik.
Rigor Mortis merujuk kepada kekakuan otot yang berlaku pada haiwan ternakan seperti lembu selepas proses penyembelihan.

“Pertama sekali, kita perlu memahami apa itu Rigor Mortis (RM) secara umum. Organisma bertulang belakang akan mengalami RM ketika mati. Otot-otot akan mengejang dan mengeras.

“Jika biasanya, ikan dalam peti sejuk tidak mengeras kerana beku. Itu adalah contoh RM dalam binatang selain haiwan yang disembelih,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa untuk menjadikan daging itu sesuai sebagai hidangan stik, ia melibatkan beberapa proses yang perlu dilakukan seperti menggantungnya di dalam peti sejuk beku selama berminggu-minggu.

Proses ini dilakukan untuk memastikan daging menjadi lembut dan sesuai untuk dimasak sebagai stik.

“Di barat, amalan selepas menyembelih dan membersihkan daging adalah dengan menggantung rangka itu sekurang-kurangnya 2 minggu hingga sebulan untuk membenarkan otot-otot rileks secara semulajadi dan enzim akan melembutkan daging sebelum ia dipotong dan dijual. Suhu mesti dikawal dengan teliti untuk mengelakkan pencemaran bakteria.

“Proses menggantung di dalam peti sejuk selama berminggu-minggu ini dikenali sebagai ‘Aging’. Tanpa proses ini, potongan daging tidak akan memberi hasil yang baik mengikut bahagian yang mahal atau murah, seperti yang diamalkan di barat.

“Stik dimasak pada suhu yang tinggi dan masa yang singkat. Itulah sebabnya proses penuaan ini penting untuk melembutkan daging,” jelasnya.

Oleh itu, kita tidak perlu mengikuti apa yang dilakukan di negara-negara Barat untuk lembu yang dikorbankan kerana semua hidangan tradisional kita kebanyakannya berkuah dan dimasak dalam jangka masa yang lama seperti gulai, rendang, dan sup. Bakteria juga tidak mempunyai peluang untuk berkembang biak kerana mereka akan mati semasa proses memasak.

Baca Lagi:
Keadaan terkini Pablo Amirul setelah lama menghilang, “pernah jadi hamba duit dan dunia, sekelip mata Allah tarik nikmat”
Bayi dibuang di masjid, ibu tinggalkan sepucuk surat buat ramai sebak
Jarang sekali berlaku, pelancong terkejut nampak ikan paus pilot muncul di Tioman