Dadah di Felda: 57 penagih, pengedar ditangkap

Dadah di Felda: 57 penagih, pengedar ditangkap

Dadah di Felda: 57 penagih, pengedar ditangkap. Seramai 57 pengedar dan penagih dadah ditangkap dalam Op Tapis Khas dijalankan Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di beberapa buah kawasan Felda di sini pada 23 Februari hingga 25 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, operasi di Felda Palong, Felda Lui Selatan dan Felda Pasoh dilakukan kerana tanah rancangan itu dikesan menjadi tumpuan pengedaran serta penagihan dadah.

“Hasil Op Tapis Khas yang dijalankan selama tiga hari, berjaya membuat tangkapan seramai 57 orang berumur 21 tahun hingga 58 tahun yang terdiri daripada ‘tokan’ dan penagih.

“Kesemua tangkapan diambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985, Seksyen 39B, Seksyen 39A(2), Seksyen 12(3), Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan ke atas tangkapan mendapati ada dalam kalangan penagih adalah penagih yang di senaraikan sebagai orang yang dikehendaki.

“Hasil pemeriksaan ke atas tangkapan, pihak polis telah berjaya merampas pelbagai jenis dadah iaitu heroin, syabu, codein dan air ketum jumlah anggaran keseluruhan rampasan dadah adalah bernilai RM11,466.50.,” katanya.

Baca Lagi:

[VIDEO] Banjir di Terengganu, penduduk lari naik bukit menyelamatkan diri

Demi negara, bekas ratu cantik Ukraine sertai tentera mahu lawan Rusia

Selepas kecoh isu tak dibenar solat jumaat di Masjid, ini yang terjadi pada Facebook JAIS

 

CATEGORIES