Cuti tambahan raya, Mydin rugi setengah juta

Cuti tambahan raya, Mydin rugi setengah juta

Cuti tambahan raya, Mydin rugi setengah juta. Cuti umum tambahan sempena Aidilfitri akan memberi beban kewangan yang tidak perlu kepada perniagaan, menurut pemilik pasar raya Mydin, Ameer Ali Mydin.

Dalam temu bual televisyen malam tadi, ahli perniagaan itu menasihatkan kerajaan supaya tidak hanya mengambil keputusan populis dan sebaliknya memberi tumpuan kepada subsidi yang disasarkan untuk membantu rakyat.

Cuti tambahan raya, Mydin rugi setengah juta

“Siapa tak nak cuti, saya pun nak cuti juga kan. Tapi semua dah buat plan (rancangan) dah, memang ramai pun dah ambil cuti Jumaat.
“Tapi bila ada announcement (pengumuman) macam ini, untuk Mydin je kita dah rugi setengah juta,” katanya dalam temu bual bersama Astro Awani.

Ameer mengulas cuti tambahan Aidilfitri yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam.

Menurut pengumuman perdana menteri, sekiranya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat (21 April), maka Isnin berikutnya (24 April) ditetapkan sebagai cuti umum.

Jika ia jatuh pada hari Sabtu (22 April), maka hari Jumaat (21 April) akan diisytiharkan sebagai cuti umum.

Tambah Ameer lagi, jumlah kerugian perniagaan akibat pengumuman cuti tambahan boleh digunakan untuk kegunaan lain yang lebih baik, seperti menurunkan harga Menu Rahmah dan barangan lain.

Tegasnya, ia lebih menguntungkan rakyat.

“Boleh anda bayangkan setengah juta tu, saya boleh bagi 500,000 Menu Rahmah turun dari RM5 jadi RM4 sepinggan.

“Ini akan memberi manfaat kepada 500,000 orang. Saya rasa kerajaan sebetulnya tidak boleh bersifat populis,” katanya.

Ameer turut mengulas mengenai pengecualian tol di semua lebuh raya seluruh negara selama empat hari sepanjang tempoh Aidilfitri, yang diberikan kepada semua jenis kenderaan.

Menurut ahli perniagaan itu, walaupun ia menggembirakan ramai orang, tidak semua pelancong memerlukan subsidi seperti itu daripada kerajaan.

“Dia yang boleh bayar, saya boleh bayar, bagi lah saya bayar.

Jadi saya fikir kita perlu ada subsidi bersasar. Model kita ni tak betul,” katanya.

Baca Lagi:
Duit simpanan isteri 4 tahun habis licin, suami guna untuk kahwin lain, akhirnya ini yang jadi
Gempa bumi hampiri Malaysia dedah pakar
Penculik ejen kosmetik Azi akhirnya mengaku salah, dihukum penjara 56 bulan
CATEGORIES