Customer salah bagi location, Food Rider mengamuk tendang pintu tak puas hati

Customer salah bagi location, Food Rider mengamuk tendang pintu tak puas hati

Customer salah bagi location, Food Rider mengamuk tendang pintu tak puas hati.

Sesungguhnya pekerjaan sebagai food rider bukanlah satu tugas yang mudah untuk dilaksanakan. Mungkin sesekali habuannya boleh dikatakan cukup lumayan namun perlu bekerja di bawah terik matahari dan terdedah kepada pelbagai risiko. Belum lagi perlu melayan pelbagai kerenah pelanggan yang sudah tentu bermacam ragam.

Memang betul Uci salah sebab salah pin location

Situasi samalah yang turut terjadi kepada seorang penghantar makanan ini apabila pelanggan yang telah memesan makanannya malah salah meletakkan pin location. Lebih mengecewakan, usaha lelaki tersebut untuk menghubungi customer menemui jalan buntu apabila individu berkenaan malah tidak angkat panggilan.

Customer salah bagi location, Food Rider mengamuk tendang pintu tak puas hati

Uci terlepas banyak call…Dan bila Uci jawab, Uci dah minta maaf

Ketika berhasil dihubungi, rider itu akhirnya berjaya juga menghantar pesanan tersebut. Walau bagaimanapun, dia jelas merasa cukup bengang dengan kejadian berkenaan. Meskipun customer sudah meminta maaf dan tawarkan tips namun penghantar makanan berkenaan tetap naik angin lalu menghayunkan tendangan ke arah sebuah pintu.

@uciluna_ Tak sangka jadi kejadian gaduh macam ni , punca uci salah pin tempatt 🥲 .. #rider #viral #malaysia #delivery #jomwatchlive ♬ suara asli – 🤎𝓭𝓭_𝓮𝓷𝔂〽️

Paling kesian kat rider tu, dahlah angin pin tempat salah…Call tak angkat, terpaksa cancel order lain

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak meletakkan kesalahan kepada food rider tersebut 100 peratus. Ini kerana kesalahan meletakkan pin akan menyukarkan lagi tugas mereka. Akan tetapi, ramai juga yang bertindak menasihati supaya kedua-dua belah pihak dapat mengawal emosi dengan lebih baik.

Customer salah bagi location, Food Rider mengamuk tendang pintu tak puas hati

Customer salah bagi location, Food Rider mengamuk tendang pintu tak puas hati

Customer salah bagi location, Food Rider mengamuk tendang pintu tak puas hati

Baca Lagi:

Kehilangan 12 tahun Anita Sarawak akhirnya terjawab

Konsert bintang pop Jepun dapat sambutan luar biasa di Jeddah

Pemuda ditemui maut dalam McLaren depan pusat hiburan jalan Pudu

CATEGORIES