Culik 2 budak perempuan sebab teringin nak ada anak perempuan, lelaki dipenjara 24 bulan

Photo of author

By Joe

Culik 2 budak perempuan sebab teringin nak ada anak perempuan, lelaki dipenjara 24 bulan. Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kehilangan dua kanak-kanak perempuan yang didakwa telah diculik oleh seorang lelaki menggunakan kereta jenis Perodua Bezza.

Tertuduh yang merupakan seorang penjual pisang goreng telah mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Majistret Sungai Besar hari ini atas dua pertuduhan.

Selain hukuman penjara, tertuduh juga dikenakan denda keseluruhan sebanyak RM2,000 atau penjara tambahan selama dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Culik 2 budak perempuan sebab teringin nak ada anak perempuan, lelaki dipenjara 24 bulan

Memetik sumber Kosmo!, tertuduh yang merupakan seorang bapa kepada dua anak, didakwa telah menculik dua kanak-kanak perempuan yang masing-masing berusia 6 dan 8 tahun dari penjaga sah mereka di Taman Ikan Emas, Jeram, Kuala Selangor, sekitar pukul 6.30 petang pada 19 Julai lalu.

“Tujuan tertuduh menculik adalah kerana dia menginginkan anak perempuan. Setakat ini, dia belum berpeluang memiliki anak perempuan kerana kedua-dua anaknya adalah lelaki.

“Tertuduh juga telah menghantar kedua-dua mangsa kembali kepada penjaga atau keluarga mereka. Ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan dia benar-benar insaf.

“Justeru, mohon agar tempoh penjara dikira dari tarikh tangkapan dan hukuman dijalankan serentak,” kata Majistret Siti Hajar.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah melarikan dua kanak-kanak perempuan yang sedang bermain di hadapan rumah dengan menaiki keretanya.

Tertuduh telah mengajak kedua-dua mangsa untuk menemaninya menghantar surat sambil memberikan wang tunai RM50 sebagai upah.

Kemudian, dua kanak-kanak itu ditemui di tepi jalan di Taman Kelisa kira-kira pukul 7.45 malam.

Baca Lagi:
Kisah pasar malam dan subsidi petrol
Cikgu minta anak murid bawa gambar bunga Rafflesia, sekali lain pula yang jadi…
“Nak jamu siapa ni kedai di tengah kubur?”