‘Cukup-cukuplah suruh rakyat tanam sayur’

3 e1654869498924

‘Cukup-cukuplah suruh rakyat tanam sayur’.

Seorang pemimpin DAP meminta ahli politik Barisan Nasional (BN) berhenti daripada membuat kenyataan bodoh seperti meminta rakyat tanam sayur sendiri atau menyatakan inflasi terkawal.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata ini kerana rakyat termasuk golongan peniaga kini berdepan pelbagai kesukaran akibat inflasi yang tidak terkawal.

Yeoh berkata, beliau telah melakukan tinjauan di sebuah kedai kopi untuk bercakap dengan peniaga makanan dan pembekal sayur-sayuran tentang cabaran mereka dalam mengekalkan harga walaupun harga bahan mentah meningkat.

‘Cukup-cukuplah suruh rakyat tanam sayur’
Hannah Yeoh

“Mereka yang mengekalkan harga berdepan pengurangan 30 hingga 40 peratus pendapatan. Ada pula yang terpaksa mengurangkan pekerja.

“Gaji minimum RM1,500 tidak terpakai di tempat-tempat ini kerana pekerja asing telah lama dibayar melebihi julat itu di Kuala Lumpur kerana kekurangan pekerja,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Sehubungan itu, Yeoh memaklumkan beliau akan mengumpul harga barangan makanan tersebut dan akan menghantarnya kepada Perdana Menteri dan menteri-menteri berkaitan.

Katanya lagi, inflasi menyebabkan harga makanan di kedai kopi Lembah Klang melambung melebihi RM7 sepinggan.

“Saya mendengar cabaran peniaga, kebanyakan mereka sudah melakukan segala-galanya sendiri (tanpa pembantu) untuk menjimatkan wang.

“Mereka membersih, menyediakan dan membungkus semuanya sendiri,” katanya.

Menurutnya, sebuah keluarga yang terdiri daripada empat orang perlu membelanjakan RM7 setiap hidangan dua kali sehari, perlu membelajakan sehingga RM1,680 untuk makanan sahaja sebulan.

Tambahnya, ia sudah melebihi gaji minimum tanpa mengambil kira sewa di Kuala Lumpur, utiliti, pengangkutan dan penjagaan kanak-kanak.

“Ini adalah keperluan asas dan bukan barangan mewah. Jangan biarkan saya mula memasak di rumah. Ia tidak semestinya lebih murah. RM100 satu troli barangan runcit tidak akan mencukupi untuk empat sekeluarga bertahan seminggu.

“Ahli politik Barisan Nasional mesti berhenti membuat kenyataan bodoh seperti – tanam sayur sendiri atau inflasi terkawal.

“Selain golongan elit mereka, rakyat benar-benar bergelut dan semua yang diperkatakan BN sekarang adalah untuk mengadakan pilihan raya. Tiada tentang rakyat, tiada untuk rakyat,” katanya.

Baca Lagi:

‘Ubat pengasih’ dijangka berada dalam pasaran tiga hingga lima tahun lagi

[VIDEO] Cara nak dapatkan towing secara percuma jika kereta anda rosak di tepi jalan

TERKINI : Kerajaan setuju mansuh hukuman mati mandatori

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *