Cucu dari neraka, tampar dan letak cekodok panas pada nenek

Cucu dari neraka, tampar dan letak cekodok panas pada nenek

Cucu dari neraka, tampar dan letak cekodok panas pada nenek. Seorang lelaki telah dihukum penjara selama 12 bulan akibat menampar neneknya di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh pada hari ini.

Dikatakan bahawa lelaki berusia 34 tahun itu bertindak sedemikian disebabkan pertengkaran antara tertuduh dengan emaknya selepas tertuduh menolak neneknya itu.

Letak cekodok panas pada tangan nenek

Tertuduh, Nazri Zol mengaku bersalah selepas pertuduhannya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Cucu dari neraka, tampar dan letak cekodok panas pada nenek

Mengikut fakta kes, Nazri telah menampar belakang dan muka neneknya serta mengambil kuih cekodok panas dan diletakkan pada tangan warga emas itu. Wanita warga emas itu mengalami kecederaan dan tertuduh telah ditangkap pada hari kejadian.

Mahkamah telah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman 12 bulan penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 21 Oktober lalu.

Baca Lagi:
[VIDEO] Macam air terjun, 6 kereta rosak ditimpa tangki air pecah
Lana Nordin bedah hidung guna tulang rusuk ganti silikon telan kos RM166,000, akhirnya ini yang terjadi
Pam nozel minyak laju-laju akan kurangkan minyak masuk tangki? Ini penjelasan Pakcik Shell
CATEGORIES