Covid-19 boleh menyebabkan otak mengecut, hilang ingatan

Covid 19 boleh menyebabkan otak mengecut dan hilang ingatan

Covid 19 boleh menyebabkan otak mengecut dan hilang ingatan. Kajian oleh Universiti Oxford mendapati Covid-19 boleh menyebabkan otak mengecut, menjejaskan bahagian mengawal emosi dan ingatan serta merosakkan bahagian yang mengawal deria bau.

Menurut saintis, kesan itu juga berlaku pada pesakit Covid-19 yang tidak dimasukkan ke hospital.

“Terdapat bukti kukuh untuk keabnormalam berkaitan otak dengan Covid-19,” menurut kumpulan penyelidik dalam laporan yang diterbitkan semalam.

Biarpun mempunyai gejala ringan, responden dalam kajian itu menunjukkan fungsi otak yang semakin teruk, terutamanya dalam memberi tumpuan dan mengatur, kerana purata saiz otak mengecil antara 0.2 dan dua peratus.

Kajian itu melibatkan sebanyak 785 responden berusia 51 hingga 81 tahun yang otak mereka sudah diimbas dua kali.

Jumlah itu termasuk 401 orang yang dijangkiti Covid-19 selepas dua imbasan, dengan kedua-dua imbasan dilakukan secara purata 141 hari selepas imbasan pertama.

Kajian itu dilakukan apabila varian Covid-19 iaitu Alpha menjadi dominan di Britain.

Kajian mendapati sesetengah orang yang menghidap Covid-19 mengalami ‘kabut otak’ yang gejalanya termasuk perhatian terjejas, tumpuan rendah serta tahap memproses maklumat dan ingatan yang perlahan.

Namun, kajian itu tidak menyatakan sama ada vaksin Covid-19 mempunyai kesan terhadap perubahan otak.

Baca lagi:

Remaja perempuan cedera, leher terlilit bendera parti

MH370: 8 tahun sudah berlalu, waris berdoa agar pencarian menemui titik noktah

4 sebab yang perlu kita tahu jika sering batuk hingga ganggu tidur malam

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *