“Comel makcik ni, minta YB belikan anak itik, siap nak namakan itik jantan nama YB”

Photo of author

By Joe

“Comel makcik ni, minta YB belikan anak itik, siap nak namakan itik jantan nama YB”. Dalam video daripada seorang wakil rakyat ini, mungkin boleh kita ketepikan sedikit sentimen politik sebaliknya boleh pandang dari perspektif lain kerana ia sangat mencuit hati penonton.

Satu video daripada seorang ADUN, Mohd. Noor Helmy ‘turun padang’ untuk memberikan bantuan dan salah seorangnya adalah seorang makcik ini, ia sangat mencuit hatinya, video dari TikTok ini jadi tular kerana ramai netizen pelik campur kagum dengan makcik ini.

Dalam masa 22 jam, video ini telah meraih lebih daripada 400K jumlah tontonan, manakala di platform X, video ini telah mendapat lebih daripada 1.6K jumlah perkongsian dalam masa beberapa jam.

"Comel makcik ni, minta YB belikan anak itik, siap nak namakan itik jantan nama YB"

Video tersebut memperlihatkan YB Helmy ini sedang berada di rumah makcik tersebut dan ingin memberikan bantuan serta sumbangan buatnya, tetapi makcik itu tidak mahukan apa-apa dan hanya mahukan anak itik.

Jelasnya dia hanya mahukan anak itik untuk dibela dengan tujuan healing, makcik ini mahukan 10 anak itik telur dan 10 anak itik daging. Bila ditanya mahukan angsa, dia tak mahu.

“Dapat modal itik ini boleh beli angsa.”

Diusik mahu masakkan rendang untuk YB ini, makcik tersebut berseloroh meminta YB itu untuk datang ke rumahnya semula selepas 2 atau 3 tahun apabila anak itik itu membesar.

YB Helmy merealisasikan impian makcik ini untuk memiliki anak-anak itik tersebut dan kelihatan makcik itu begitu gembira. YB tersebut pelik dan terhibur dengan permintaan makcik ini.

“Saya jadi wakil rakyat ni orang minta bantuan, minta kebajikan, makcik sorang je minta saya itik. Habis dah ada nama belum?”

Menjengah ke ruangan komen, selain ramai yang terhibur, rata-rata memuji dengan kebijaksanaan makcik ini dalam merancang pelan kewangan pada masa akan datang.

"Comel makcik ni, minta YB belikan anak itik, siap nak namakan itik jantan nama YB"

"Comel makcik ni, minta YB belikan anak itik, siap nak namakan itik jantan nama YB"

Baca Lagi:
Penumpang panik ‘power bank’ meletup dalam kapal terbang
“Pelik keputihan isteri semakin banyak, suami kerap tidur lewat, rupanya ini yang suami buat ketika isteri tengah tidur”
Harga servis kereta naik bermula 1 Mac 2024, ini cara pengiraan harga