Cleaner Airport terkejut besar jumpa dompet tercicir berisi cek bernilai lebih RM10juta

Cleaner Airport terkejut besar jumpa dompet tercicir berisi cek bernilai lebih RM10juta

Cleaner Airport terkejut besar jumpa dompet tercicir berisi cek bernilai lebih RM10juta.

Seorang wanita yang menjalankan tugasnya sebagai ‘cleaner’ terkejut besar apabila menemui satu dompet tercicir yang berisi cek bernilai 35.5 bilion rupiah (RM10.4 juta).

Dompet itu ditemuinya ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Indonesia.

Petugas wanita yang dikenali sebagai Halimah itu menemui dompet warna coklat yang didakwa milik seorang penumpang di Balai Pelepasan Terminal 2E di lapangan terbang berkenaan.

Tanpa memeriksa isi kandungan dan jumlah duit yang tersimpan dalam dompet itu, dia terus dia terus melaporkan penemuan tersebut kepada pegawai bahagian Keselamatan Penerbangan (AVSEC).

Cleaner Airport terkejut besar jumpa dompet tercicir berisi cek bernilai lebih RM10juta

Apabila pegawai AVSEC melakukan pemeriksaan terhadap dompet tersebut, mereka terkejut apabila mendapati dalam dompet itu terdapat empat buku bank, sebuah pasport dan cek bernilai 35.5 bilion rupiah (RM10.4 juta)!

“Besar atau kecil nilai barang yang ditemui, ia bukan milik kami. Sudah menjadi kewajipan bagi petugas di lapangan terbang melaporkannya,” kata Halimah.

Cleaner Airport terkejut besar jumpa dompet tercicir berisi cek bernilai lebih RM10juta

Pemilik asal dompet tersebut telah menghubungi pusat panggilan lapangan terbang dan dompet itu kemudiannya dipulangkan semula dalam keadaan asalnya.

Kejujuran Halimah mendapat pujian daripada orang ramai dan dia juga turut mendapat penghargaan daripada PT Angkasa Pura Solusi yang kegum dengan kejujurannya.

Halimah ternyata telah menunjukkan sikap jujur, berintergriti dan amanah yang sungguh baik terhadap kerjanya.

Cleaner Airport terkejut besar jumpa dompet tercicir berisi cek bernilai lebih RM10juta

Pihak PT Angkasa Pura Solusi kemudian memberikan kenaikan pangkat kepada Halimah yang kini menjadi supervisor. Mereka juga berharap semoga kisah Halimah ini boleh dijadikan inspirasi atau ‘role model’ untuk pekerja-pekerja yang lain.

Baca Lagi:

Tragedi RXZ Member 4.0 : Owner kena kunci dalam rumah , motosikal RXZ dilarikan pencuri

Viral Ifa Raziah bergelek semasa majlis akikah, rupa-rupanya dibayar dengan nilai yang tinggi

Merana kena sihir, akhirnya Diva AA dedah artis wanita veteran yang hantar

CATEGORIES