Cinta sampai mati : Sempat akad nikah di katil hospital sebelum hembus nafas terakhir

Cinta sampai mati : Sempat akad nikah di katil hospital sebelum hembus nafas terakhir

Kisah sayu yang dikongsikan seorang lelaki menjadi tular apabila dia menceritakan perjalanan manis hidupnya bersama arwah isterinya walaupun tempoh perkahwinan mereka hanya sekejap.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik lelaki tersebut, dapat dilihat upacara akad nikah dia dan isterinya dilakukan di dalam sebuah bilik di hospital.

Dapat disaksikan juga, ketika upacara berlangsung, si isteri dalam keadaan terlantar sakit sambil baring di atas katil hospital serta disertai oleh beberapa ahli keluarga mereka yang lain.

Kapsyen yang ditulis pada video berkenaan turut mengundang sebak orang ramai kerana rata-ratanya melihat bukti kasih sayang lelaki tersebut menerima isterinya seadanya.

“Sampai jumpa di keabadian, akan ku ceritakan perjalananku setelah tanpa kamu di bumi,” tulisnya.

Lebih menyayat hati adalah di akhir video tersebut kelihatan sebuah batu nisan menandakan bidadari syurganya itu sudah pergi buat selama-lamanya.

VIDEO BOLEH TENGOK SINI :IMG_0303

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, orang ramai tidak ketinggalan memberi kata-kata semangat untuk lelaki tersebut agar kekal tabah meneruskan kehidupannya walaupun tanpa kasih seorang isteri di sisi.

“Jodohnya seketika di dunia, tapi berkekalan di sana nanti,” ujar seorang pengguna.

“Kuat cinta abang pada arwah isteri, sanggup menggembirakan hatinya sebelum dia pergi meninggal dunia, moga Allah pelihara kasih dan cinta kalian berdua sampai syurga,” kata pengguna yang lain.

Baca Juga : Akhir zaman air Tasik Tabari akan kering diminum Yakjuj Makjuj? Ini jawapan Mufti

“Siapalah yang pedajal kucing aku ni?”..

600 tiket percutian ke Angkasa habis terjual, harga tiket kalah kereta “Honda Civic Type R Full Spec”

CATEGORIES
TAGS