Cinta berputik di sawah padi, warga emas tersenyum tanpa henti nikah janda berumur 19 tahun

kahwini janda 19 tahun e1652395752750

Cinta berputik di sawah padi, warga emas tersenyum tanpa henti nikah janda berumur 19 tahun.

Pada zaman kini, ramai generasi muda yang diulit cinta mengambil keputusan untuk kahwin awal meskipun hakikatnya mereka belum 100% bersedia. Bukan semua, namun kebanyakannya gagal di tengah jalan lalu bergelar duda dan janda sebelum menjangkau usia 20 tahun. Kedengaran mustahil, namun begitulah hal yang dialami seorang gadis berumur 19 ini.

Kahwin lagi dengan atuk tua dengan jarak usia 50 tahun

Namun siapa menduga, dia sekali lagi bertemu jodoh baru yang pastinya membawa sinar dan kasih sayang baru dalam kehidupannya. Bagaimanapun, kisah pernikahan kali keduanya menjadi tular gara-gara pasangan pengganti yang ditemui merupakan seorang atuk berumur 69 tahun.

Cinta berputik di sawah padi, warga emas tersenyum tanpa henti nikah janda berumur 19 tahun

Cinta pandang pertama di musim menuai padi

Dalam ringkasan cerita, dikatakan warga emas bernama Tok Andi itu memiliki banyak tanah di desa tempat mereka tinggal dan kebetulan Ira pula bekerja sebagai petani di salah satu sawah padi. Ketika sedang menuai hasil tani, saat inilah cinta mula berputik lantas lelaki tua berkenaan terus melamar Ira menjadi isterinya dengan hantaran bernilai sekitar RM4,000 beserta 1 bidang tanah.

Cinta berputik di sawah padi, warga emas tersenyum tanpa henti nikah janda berumur 19 tahun
Gambar sekadar hiasan

Perkahwinan tiada sebarang paksaan…Suka sama suka

Menerusi video yang sudah disahkan oleh ketua kampung di sana, perkahwinan itu berjalan lancar meskipun dijalankan secara sederhana. Kedengaran saudara yang hadir ke acara penyatuan itu mula mengusik pengantin baru berkenaan hinggakan si suami mula malu-malu. Walaupun wajah isteri nampak sangat tegang seolah-olah tidak suka, pihak keluarga berkata perkahwinan ini didirikan atas dasar suka sama suka antara mereka berdua.

Baca lagi:

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

Kalau duit hilang dalam akaun, jangan kalut dulu! Cuba try cara ni

“Jangan jadi penunggang agama” – Mawar Karim kirim pesanan buat ‘S’

Leave a Reply

Your email address will not be published.