CIMB umum akan menamatkan penawaran aplikasi CIMBClicks berkuatkuasa 11 Jun 2024

Photo of author

By Joe

CIMB umum akan menamatkan penawaran aplikasi CIMBClicks berkuatkuasa 11 Jun 202. CIMB hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan penawaran aplikasi CIMBClicks pada 11 Jun 2024 akan datang. Selepas tarikh tersebut, pengguna tidak lagi akan dapat memuat turun aplikasi CIMBClicks dan ia akan dikeluarkan daripada kedai aplikasi AppStore, PlayStore, dan juga AppGallery.

Untuk terus menggunakan perkhidmatan perbankan CIMB, pengguna perlu memuat turun aplikasi CIMB OCTO selepas tarikh tersebut.

Bagi pengguna yang telah memasang aplikasi CIMBClicks sebelum ini, anda masih boleh terus mengakses dan menggunakan aplikasi tersebut untuk melakukan pelbagai transaksi seperti biasa. Jika anda telah memasang dan menggunakan CIMBClicks pada peranti anda, anda boleh meneruskan penggunaannya tanpa sebarang gangguan. Walau bagaimanapun, selepas 11 Jun 2024, anda tidak akan dapat memuat turun CIMBClicks dan akan perlu memuat turun CIMB OCTO sebagai alternatif.

CIMB umum akan menamatkan penawaran aplikasi CIMBClicks berkuatkuasa 11 Jun 2024

CIMB menjelaskan bahawa pemindahan ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk menyediakan pengalaman penggunaan yang lebih baru dan terkini, termasuk antara muka yang lebih segar dan mesra.

Bagi pengguna CIMB, anda boleh memuat turun CIMB OCTO untuk menikmati pelbagai ciri baharu. CIMB OCTO kini boleh didapati di Apple AppStore dan Google Play Store.

Baca Lagi:
Pontianak bertenggek atas pokok tenung pengendali jengkaut
“Setiap bulan aku bagi nafkah 1K dekat isteri, selepas 6 tahun isteri berubah nafkah tak cukup, rupanya dia bawa jiran sebelah masuk rumah semasa aku kerja di Singapore”
Jangan beli biskut yang banyak plastik, ini sebabnya