Cikgu minta anak murid bawa gambar bunga Rafflesia, sekali lain pula yang jadi…. Biasanya, anak murid sekolah rendah sering kali mempunyai daya pemikiran yang melebihi jangkaan orang dewasa.
Baru-baru ini, sebuah gambar yang menunjukkan sekeping duit not RM10 yang dipotong bahagian bunga Rafflesia telah menjadi viral di kalangan netizen.
Menerusi hantaran Facebook Geng Suri Rumah, duit not itu dipotong selepas apabila si anak perlu membawa gambar bunga Raflessia sebanyak lima keping ke sekolah.
Dengan berfikir kreatif, si anak memotong langsung gambar bunga Rafflesia dari duit kertas RM10.
“Ibu pesan bawa 5 keping gambar bunga Rafflesia esok. Ini baru guntingan yang ke-empat, mak dah naik marah. Kalau lima keping dah 50 ringgit ya anak,” ungkap si ibu.
Pada saat artikel ini ditulis, hantaran Facebook itu telah mendapat lebih 15,000 like, 1,000 komen, dan 1,700 perkongsian dari warganet.
Banyak netizen terpukau dengan pemikiran kreatif kanak-kanak tersebut.
Tanpa mahu menyusahkan ibu bapa, si anak mengambil inisiatif sendiri — yang mengakibatkan empat keping duit RM10 tidak boleh digunakan buat masa ini.
“Cikgu lupa pesan jangan gunting bunga Rafflesia pada duit RM10 itu,” kata orang ramai.