Cikgu menyesal tanya soalan “siapa mak atau ayah dia sudah meninggal” dekat murid darjah 1

Photo of author

By Joe

Cikgu menyesal tanya soalan “siapa mak atau ayah dia sudah meninggal” dekat murid darjah 1. Mari kita ikuti kisah yang diceritakan oleh cikgu yang bernama Mohd Fadli Salleh, beliau adalah merupakan guru Matematik Sekolah Kebangsaan (SK) 1 Gombak. Di akaun laman media sosial facebooknya, beliau ada berkongsi satu pengalaman mencuit hari ketika mengagihkan sumbangan kepada anak-anak yatim pada setiap kelas di sekolahnya.

Hari ini Kak Aziah datang ke sekolah sampaikan hadiah dan juga kiriman sumbangan kawan-kawan dia untuk Dana Kita.

Yang kelakarnya, lepas aku dapat sekotak pensel warna ni aku terus bergerak ke kelas tahun 1. Aku ketuk pintu, minta izin guru semasa dan bertanya,

Cikgu menyesal tanya soalan "siapa mak atau ayah dia sudah meninggal" dekat murid darjah 1

“Siapa anak yatim?”

Sunyi sepi satu kelas.

“Awak tahu tak anak yatim tu apa?”

Sekelas geleng kepala.

“Oh, okey. Cikgu tukar soalan. Siapa yang ayah atau mak dia dah meninggal?”

Seorang murid angkat tangan. Murid lain terkebil-kebil.

“Oh, ayah awak dah meninggal ke?”

Dia angguk kepala.

“Habis tu awak tinggal dengan siapa? Dengan mak? Ke dengan nenek?”
Jawabnya,
“Saya tinggal dengan pengasuh. Papa dan mama meninggal pergi kerja.”

Terus aku rasa nak panjat tiang bendera tadi. Guru perempuan yang ada dalam kelas gelak sambil tutup mulut dah. Murid lain yang awalnya terkebil-kebil pakat mula angkat tangan,

“Cikgu. Ayah saya meninggal juga.”
“Saya pun. Mama meninggal dekat nenek baru pergi kerja,” sahut yang lain.
“Sudah. Sudah. Cikgu tak nak agih la kat kelas awak hari ni. Nanti hari lain cikgu datang. Cikgu check senarai nama dengan guru kelas lah. Tak boleh harap kat awak ni. Tak faham apa.”

Terus aku berlalu pergi cari anak yatim dan murid dari keluarga bercerai di tahun 2 dan 3 untuk agih warna, buku doodle dan lebihan Calips tempoh hari. Tak boleh tanya murid tahun satu awal tahun begini. Banyak vocab belum mereka kuasai. Ada ke patut ayah meninggal kat rumah pengasuh untuk pergi kerja. Hari-hari la mak ayah meninggal kemudian balik semula.

Baca Lagi:
“Tanpa henti, setiap hari ada surat cinta & hadiah dari pelajar diletak atas meja cikgu, bila ditanya kenapa tak sangka pelajar jawab macam ni
Lelaki jumpa buhul sihir tepi pantai Port Dickson, bila dibuka terkejut lihat isi dalamnya
Lelaki hampir maut, kononnya nak mengusik terus jadi panik bila tangan tersangkut pada sangkar harimau