Cikgu Fadli Salleh bawa Lamborghini ke majlis persaraannya

Cikgu Fadli Salleh bawa Lamborghini ke majlis persaraannya

Cikgu Fadli Salleh bawa Lamborghini ke majlis persaraannya. Baru-baru ini berita Cikgu Fadli bersara daripada kerjaya seorang guru telah mengejutkan orang ramai.

Beliau bersara awal selepas berkhidmat selama 18 tahun sebagai guru dari 3 Januari 2006 lalu.

Ternyata persaraan beliau telah membuatkan ramai anak muridnya berasa bersedih.

Cikgu Fadli Salleh bawa Lamborghini ke majlis persaraannya

Bagaimanapun, Cikgu Fadli tetap penuhi permintaan anak-anak murid kesayangannya dengan membawa Lamborghini Aventador SVJ ke sekolah semasa majlis persaraannya — sebagai salah satu ‘tanggungjawab terakhir’ sebagai seorang guru.

“Lama dah anak-anak ni minta saya bawa sportcar. Mula-mula ingat nak bawa Nissan GT-R saja. Tapi sahabat baik saya suruh bawa Lamborghini beliau.

“Ramai yang beritahu – Nanti besar saya nak beli Lamborghini jugalah. Berapa harga dia cikgu?

“Baguslah ada cita-cita tinggi macam ini. Lamborghini ini harga dia RM3 juta. Bayar muka RM1.6 juta, bulanan dalam RM24,000 sahaja. Cikgu yakin awak semua mampu suatu hari nanti.

“Harap 15-20 tahun lagi ada anak muda pakai Lamborghini kemudian cakap — “Kerana Cikgu Fadli bawa Lamborghini masa hari persaraan dia, saya tanam impian sejak sekolah rendah dan berjaya hari ini,” petik hantaran video TikTok Cikgu Fadli.

@mohdfadlisallehmfs Lama dah anak-anak ni minta aku bawa sport car. Mula-mula ingat nak bawa GTR je. Tapi sahabat baik aku suruh bawa Lambo dia. Tu diaaaa, punya teruja anak-anak ni semua. Confirm ingat sampai mati. Terus ramai yang bagitahu, “Nanti besar saya nak beli Lambo juga lah. Berapa harga dia cikgu?” “Bagus lah ada cita-cita tinggi macam ni. Lambo ni harga dia RM3j. Bayar muka RM1.6j, bulanan dalam RM24,000 sahaja. Cikgu yakin awak semua mampu suatu hari nanti”. Harap 15-20 tahun lagi ada anak muda pakai Lambo kemudian cakap, “Kerana Cikgu Fadli bawa Lambo masa hari persaraan dia, saya tanam impian sejak sekolah rendah dan berjaya hari ini”. InsyaAllah akan ada antara anak-anak ini mampu capai impian mereka. Amin. #MFS ♬ original sound – Mohd Fadli Salleh

Dalam satu sesi Live selepas berita persaraannya tular, Cikgu Fadli menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat sejak dua tahun lalu.

Keputusan untuk bersara dibuat kerana beliau tidak mahu berlaku biadap kepada dunia pendidikan yang sangat disayangi kerana sikapnya yang sering membuat teguran atas sebarang kelemahan yang dilihat.

Beliau turut menjelaskan selepas ini beliau akan fokus pada mengajar tutor secara online dan membuat buku latih tubi. Cikgu Fadli juga akan meneruskan penjualan sambal ready-to-eat milik sahabatnya.

Terdahulu, beliau menerima surat ‘dibuang kerja atau turun pangkat’ daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2022.

Surat tersebut diberikan kepadanya atas dasar beliau yang lantang berkongsikan cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat oleh pihak KPM untuk keselesaan pembelajaran dan masa depan yang lebih cemerlang buat anak-anak di sekolah.

Baca Lagi:
Siap bagi bukti, Fynn Jamal akhirnya dedah perangai sebenar Mizz Nina dan ibu kandung Musa, Athira
“Kami tiada anak, aku pernah keguguran sebanyak 3 kali, masa aku sakit, suami mengaku tidur banyak kali dengan sepupu aku”
Negara ini paksa askar mereka bekukan sperma sebelum pergi berperang, ini sebabnya
CATEGORIES