China temukan kawasan rizab emas 50 tan metrik yang boleh dijual RM13.5 trilion

China temukan kawasan rizab emas 50 tan metrik yang boleh dijual RM13.5 trilion

China temukan kawasan rizab emas 50 tan metrik yang boleh dijual RM13.5 trilion. China baru-baru ini berjaya menemukan kawasan deposit emas yang besar dengan rizab hampir 50 tan metrik yang boleh dijual sekitar AS$3 trilion (RM13.5 trilion) pada harga pasaran semasa.

Biro Geologi dan Sumber Mineral Wilayah Shandong berkata, deposit emas itu terletak di luar bandar Bandar Rushan, Wilayah Shandong, timur China.

“Kawasan deposit emas itu meliputi sebuah kawasan yang luas. “Bijih mudah dilombong dan dipakai,” kata biro berkenaan.

China temukan kawasan rizab emas 50 tan metrik yang boleh dijual RM13.5 trilion

Wilayah Shandong kaya dengan sumber emas dengan pengeluaran yang lebih besar daripada mana-mana kawasan wilayah lain di seluruh China sejak empat dekad yang lalu.

Timbalan Ketua Briged Geologi ke-6 di biro itu, Zhou Mingling berkata, pencari dilaporkan menggali lebih 250 lubang sedalam 1,400 meter untuk mencari deposit itu.

Penilaian kerajaan menunjukkan deposit itu boleh menghasilkan 2,000 tan metrik bijih emas untuk sekurang-kurangnya 20 tahun.

Baca Lagi:
Warga emas 70 tahun mati ketika langgan pekerja seks
Program ‘Jom Ziarah Gereja’, Hannah Yoeh akan di panggil polis
9 syarikat paling kaya di Malaysia, nilai kekayaan buat ramai rakyat Malaysia terkejut
CATEGORIES