China bebaskan pendakwah AS selepas hampir 20 tahun ditahan. China telah membebaskan seorang pendakwah warga Amerika Syarikat (AS) yang ditahan sejak 2006, yang menurut Washington merupakan tuduhan palsu.
Menurut jurucakap Jabatan Negara AS, pendakwah tersebut, David Lin, telah kembali bertemu dengan keluarganya di AS buat pertama kali selepas hampir 20 tahun ditahan.
“Kami mengalu-alukan pembebasan David Lin dari penjara di Republik Rakyat China,” kata jurucakap tersebut.
Selain Lin, China juga menahan beberapa warga AS lain atas pelbagai tuduhan, termasuk Kai Li, seorang ahli perniagaan yang dituduh mengintip pada tahun 2016.
Menurut media AS, Lin telah dipenjarakan seumur hidup atas tuduhan penipuan kontrak, walaupun Washington mendakwa penahanannya adalah salah.
Susulan itu, pegawai AS telah mendesak pembebasan Lin dan individu lain sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Malahan, Gabenor California, Gavin Newsom, turut menyokong pembebasan Lin semasa lawatannya ke China, termasuk perbincangan dengan Presiden Xi Jinping dan Menteri Luar Wang Yi pada bulan Oktober lalu.
Pembebasan itu berlaku sebelum perbicaraan Kongres minggu ini mengenai warga AS yang dipenjarakan di China.
Sementara itu, anak perempuannya, Alice Lin, berkata bapanya yang berusia 68 tahun tiba di San Antonio, Texas, semalam.